“Naik atas buat kecoh” – Angkara Segelintir Group Buat Kecoh, Kini Kenderaan Berkonvoi tidak Lagi Dibenarkan Naik Genting Highland

Tambah ke Sumber Pilihan
“Naik atas buat kecoh” – Angkara Segelintir Group Buat Kecoh, Kini Kenderaan Berkonvoi tidak Lagi Dibenarkan Naik Genting Highland

Pasti ramai ahli kumpulan konvoi bersorak gembira apabila Perdana Menteri mengumumkan aktiviti berkonvoi dibenarkan didalam tempoh Perintah Kawalan PergerakanPemulihan (PKPP).

Sudah pasti antara destinasi kegemaran mereka untuk berkumpul adalah Genting Highland.


Tetapi, viral di media sosial satu video yang memaparkan seorang anggota polis bantuan Genting Highland yang menyatakan bahawa pihak pengurusan tidak lagi membenarkan mana-mana kumpulan kereta mahupun motosikal yang berkonvoi untuk menaiki kawasan terbabit..eh kenapa pula.

Video yang berdurasi 50 saat itu menunjukkan anggota polis bantuan berkenaan menjelaskan bahawa bagi mereka yang datang secara berkumpulan ataupun konvoi tidak lagi dibenarkan melalui mahupun berkunjung ke Genting Highland.

Peraturan itu termasuk bagi semua jenis motosikal ataupun kereta tidak mengira jenis berkuasa tinggi ataupun tidak.

Sering mengganggu pengujung lain dan buat kecoh.

Pentadbir Polis Bantuan Genting Highland, Iwan juga mengesahkan kesahihan video tersebut. Menurutnya, peraturan baru itu telah dilaksanakan sejak 25 Jun yang lalu. Namun, tempoh berakhirnya peraturan itu masih belum dapat dipastikan.

Peraturan baru itu ditetapkan kerana kumpulan-kumpulan itu dikatakan berlumba sebelum sampai ke puncak serta sering mengganggu ketenteraman dan keselamatan awam. Selain itu sesetengah individu dari kumpulan itu dikatakan menggangu pengunjung lain dan sentiasa memenuhi ruang lobi hotel untuk melepak.

Baca: “Aiyok! Dah Tak Boleh Ride” – Kebenaran Aktiviti Berkonvoi Mungkin Ditarik Jika Gagal Mengikut Sop

1 3 2

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Iqmal Tugiman
Lagi tulisan Iqmal
Seorang penghutang ptptn yang kacak lagi tampan malahan kelakar dan sering menembak dan ditembak

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Naik atas buat kecoh” – Angkara Segelintir Group Buat Kecoh, Kini Kenderaan Berkonvoi tidak Lagi Dibenarkan Naik Genting Highland
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/naik-atas-buat-kecoh-angkara-segelintir-group-buat-kecoh-kini-kenderaan-berkonvoi-tidak-lagi-dibenarkan-naik-genting-highland/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM