in ,

“Aiyok! Dah Tak Boleh Ride” – Kebenaran Aktiviti Berkonvoi Mungkin Ditarik Jika Gagal Mengikut Sop

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Aktiviti berkonvoi adalah aktiviti yang ditunggu tungu pada hujung minggu buat peminat motosikal. Selepas dilonggarkan syarat PKP, ramai yang gembira selepas dapat melepaskan rindu untuk ride di atas jalanan dengan mengadakan konvoi bersama rakan-rakan.


Namun, disebalik keceriaan itu, mungkin ada khabar yang tidak digemari buat pencinta dua roda apabila kebenaran aktiviti berkonvoi kenderaan mungkin akan ditarik semula jika peserta berterusan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP)

Menurut Metro, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata setiap peserta konvoi perlu memastikan kawalan kendiri dan mempraktikkan SOP yang ditetapkan. Ia susulan penahanan sekumpulan penunggang motosikal yang berkonvoi dan berkumpul di Pahang, semalam.

“Insiden (konvoi sehingga melanggar SOP) yang berlaku di Pahang semalam, kita anggap sebagai kes terpencil kerana ini adalah kejadian pertama.

“Namun, jika perkara ini berterusan, kebenaran yang kita berikan ini akan ditarik semula. Bukan mustahil untuk kerajaan menarik semula kebenaran yang diberikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini, hari ini.

Baca: Pengantin dah tak tahan lah tu – [VIDEO] Konvoi Pengantin Suka Hati Block Jalan Dekat JB, Tak Guna Polis Iring Pun!

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.