in

Nabila Cari Teman Yang Nakal, Janji Rambut Panjang

Nabila Razali 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Khas untuk para jejaka di luar sana!


Anda berambut panjang? Adakah karakter anda seperti lelaki nakal? Jika iya, andalah yang dicari-cari!

Penyanyi muda, Nabila Razali yang terkenal dengan lirik lagu cumi cumi dikatakan sedang mencari teman dengan perwatakan itu untuk dirinya.

Aik, Nabila sedang mencari calon pilihan ke? 

Nabila Razali 2
sumber: instagram

 

Tiada calon sesuai lagi

Memetik BH Online, buat masa ini tiada oraRambut Nabilang lagi yang berjaya memenuhi kehendaknya itu.

Nabila Razali
sumber: mstar

Tapi janganlah terkejut sebab sebenarnya dia sedang mencari pelakon lelaki dengan karakter dikatakan untuk muzik video single terbarunya, yang akan dilancarkan Oktober ini.

“Saya masih lagi menyanyikan lagu ciptaan Hael (Husaini) dan inilah percubaan pertama saya membawakan irama rock. Bagi saya, perubahan ini juga satu gimik sempena kemunculan single terbaru.

“Bagaimanapun, sehingga kini saya belum bertemu lelaki sesuai dan pencarian masih diteruskan,” jelasnya yang pernah jadi mencipta kekecohan di kalangan netizen, menerusi gimik lagu Pematah Hati bersama pelakon kacak Aedy Ashraf.

Nakal, nakal, nakal! 

Photo 2018 09 01 16 44 17
sumber: instagram

 

Nabila lebarkan aktiviti seni

Selepas popular dengan lagu Pematah Hati, Nabila yang kini dalam peringkat melebarkan rangka kerjaya seninya ingin mencuba genre rock untuk lagu terbaru.

“Bagi saya, perubahan ini juga satu gimik sempena kemunculan single terbaru,” jelasnya.

Dalam pada itu, Nabila juga tercalon dalam kategori Penyanyi Wanita Popular dan Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

 

Baca: “Tak sedap pun dia nyanyi. Dahlah tak famous” – Gimik Lagu Nabila Razali Dicemuh Netizen

Nabila F

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.