in

“Myvi lagi?” – [Video] Cuba Nak Elak Bayar Tol, Driver Kena Maki Sebab ‘Cucuk’ Kereta Lain

Dd 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Kereta boleh beli kenapa tol tak boleh bayar?” itulah luahan seorang lelaki apabila tidak berpuas hati ketika sebuah Perodua Myvi didakwa cuba ‘mencucuk’ keretanya bagi elak dari membayar tol.



Kejadian itu telah tular menerusi satu video berdurasi 44 saat yang dikongsikan oleh netizen di Twitter.

 

Dalam video tersebut, seorang lelaki berjalan ke arah Perodua Myvi tersebut yang masih berada di kawasan pondok tol.

Kemudiannya dia merakam nombor pendaftaran kereta dan meluahkan ketidakpuasan hatinya kerana telah diekori sebelum itu.

“Kenapa tak boleh bayar tol? Ini nombor (nombor plat) nanti satu Malaysia akan tahu,”

“Orang lain kau boleh ikut belakang ek, dengan aku jangan.”

Lelaki tersebut turut mengarahkan pemandu itu untuk menunjukkan muka tetapi tidak diendahkan malah hanya membuka sedikit tingkap untuk memohon maaf.

D2 2 D3 2 7

 

Pernah ada kes sebelum ini

Setelah kejadian itu, ada netizen retweet semula kes yang pernah berlaku pada 29 Mei lalu. Dikatakan kereta yang sama cuba untuk elak dari bayar tol di Lebuhraya Utara-Selatan laluan Bukit Raja dan Jalan Duta.

D1 3 12

 

Tidak ketinggalan ada juga netizen lain yang memberi komen sinis kepada pemandu Myvi tersebut.

D 4

Walau bagaimanapun, tiada sebarang maklumat lanjut di mana dan bila kejadian ini berlaku.

 

Itulah kalau orang dah marah memang makan maki je lah. Taknak bayar tol lain kali naik motor je.

Baca: [Video] Warga Emas Memandu Lawan Arus Di Highway LKSA, Rupanya Buat U-turn Sebab Takde Kad Touch n Go

Aa 21

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.