in

[Video] Warga Emas Memandu Lawan Arus Di Highway LKSA, Rupanya Buat U-turn Sebab Takde Kad Touch n Go

Aa 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam viral satu video, sebuah Perodua Kelisa yang dipandu melawan arus secara melulu sehingga mengakibatkan satu kemalangan berlaku di antara kereta tersebut dan sebuah Perodua Myvi.


Menurut Astro Awani, pemandu warga emas tersebut ditahan tidak lama selepas kejadian kerana disyaki menjadi punca kepada satu lagi kemalangan lain pada masa yang sama di Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA).

A1 3

 

Dua kemalangan pada satu masa

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata, dalam kejadian pada pukul 5 petang itu, seorang lelaki tempatan berusia 73 tahun telah memandu melawan arus di lebuh raya itu menghala ke pusat bandar Shah Alam, menyebabkan kemalangan di kilometer (KM) 3.1 dan KM6.6.

“Kemalangan pertama di KM 3.1 menyebabkan seorang pemandu kereta jenis Honda City berusia 33 tahun cedera, apabila kereta yang dipandunya terbalik ketika cuba mengelak kereta Perodua Kelisa yang dipandu warga emas berkenaan,”

“Manakala di kemalangan di KM6.6 sebuah kereta jenis Perodua Myvi bertembung dengan kereta itu selepas gagal mengelak.”

A2 2 6

 

U-turn sebab tiada kad Touch n Go

Baharudin juga memberitahu, suspek memandu dari rumah di Seksyen 8 dan hendak ke pasar raya Tesco di Seksyen 13, tetapi dia telah tersalah jalan dan memasuki Lebuhraya LKSA, setibanya di Plaza Tol Sri Muda beliau tidak mempunyai kad ‘Touch n Go’.

Kemudian, dia membuat keputusan berpatah balik melawan arus untuk pulang ke rumahnya.

Dalam video yang tular itu juga dilihat pengguna jalan raya yang merakam telah menyuruh pemandu tersebut memberhentikan kenderaan namun tidak diendahkan sehingga berlakunya kemalangan.

A3 1 10

 

Pemandu berkenaan telah pun ditahan untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, kerana memandu secara melulu.

Untuk video penuh, korang boleh tengok di sini.

 

Aduhai kan dah susahkan orang. Lain kali jangan panik. Banyak lagi cara lain boleh buat kalau takde kad Touch n Go. Bukannya buat u-turn. Dekat highway pula tu. Bahaya betul!

Baca: “Cuba elak tapi tetap terlanggar” – Remaja 19 Tahun Maut Akibat Kemalangan Bertembung Kereta Peronda Polis

A4 1 3

 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.