in

“Mysejahtera kena hack ke?” – Netizen Hairan Terima OTP Tiba-tiba, Ini Penjelasan Dari Pasukan Mysejahtera

page 16 e1636257508769

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Min yakin rata-rata antara kita tahu kepentingan aplikasi Mysejahtera yang dicipta oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) demi bantu mencegah penularan COVID-19. Kita sebagai rakyat Malaysia pasti dah jelas tentang penggunaan Mysejahtera ketika kita mahu ke mana-mana sekalipun.

Baru-baru ini, ada antara pengguna apilikasi ini menerima SMS dari aplikasi secara terus ke nombor telefon mereka, bersama-sama sebaris kod one-time password (OTP) rawak hingga ramai mengesyaki aplikasi mereka telah digodam oleh pihak tertentu.


vv cc zz

Timbul juga spekulasi mengatakan bahawa data dan infomasi peribadi pengguna Mysejahtera ini tidak selamat kerana masalah ini.

Jika anda juga salah seorang yang mengalami masalah ini, jangan panik. pasukan Mysejahtera telah mendengar isu ini dan memberi respon kepada apa sebenarnya yang berlaku.

8294663a1aaa5450c58a0cb93150d9aa

Menurut Astro Awani, pasukan Mysejahtera menerima aduan melalui ruang helpdesk dan media sosial, majoritinya berkenaan penerimaan OTP untuk mengesahkan nombor telefon peribadi mereka melalui pendaftaran masuk QR khusus untuk premis perniagaan.

Siasatan dari pihak mereka menemui ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyalahgunakan ciri QR khusus itu menerusi penggunaan malicious script. Ini mengakibatkan aplikasi tersebut menghantar OTP secara rawak kepada nombor telefon pengguna.

Mengenalpasti masalah tersebut, pihak mereka bertindak menyekat titik akhir Application Programming Interface (API) serta menjalankan beberapa lagi langkah tambahan untuk menambahbaik keselamatan pengguna Mysejahtera.

Mereka turut memohon maaf atas segala kesulitan yang diterima pengguna. Melalui sumber lagi, siasatan akan diteruskan dan perincian lebih lanjut akan dikeluarkan kelak.

Haa… harapnya semua yang ada masalah ini tak paniklah, ya?

Sumber: Astro Awani

BACA: Hidup Anti-Vaksin Bakal Susah Jika Terus Tolak Vaksin Tanpa Sebab Yang Dibenarkan – KJ

mm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.