in

Hidup Anti-Vaksin Bakal Susah Jika Terus Tolak Vaksin Tanpa Sebab Yang Dibenarkan – KJ

Antivaksin Menteri Kesihatan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, golongan anti-vaksin di negara ini berkemungkinan terpaksa berdepan kehidupan yang sukar kerana tidak dibenarkan menikmati kelonggaran seperti yang diberikan kepada mereka yang sudah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19.

Utu Klia 7 3 Preview E1634433388742

Memetik laporan portal Sinar Harian, Khairy dalam satu kenyataan ketika sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Kursus Infarksi Myokardial Kebangsaan Ke-11 (NAMIC) semalam, beliau mengaku pendekatan terbabit mungkin agak kasar tapi kerajaan akan ‘menyusahkan’ golongan anti-vaksin yang terus menolak menerima suntikan vaksin COVID-19 tanpa sebab yang dibenarkan.


“Ini kerana anda sendiri yang memilih untuk tidak divaksin, melainkan anda tidak boleh menerimanya atas faktor kesihatan dan dikecualikan dalam aplikasi MySejahtera.

“Bagaimanapun, jika sebaliknya, memang kami akan susahkan hidup anda,” katanya.

Menurut sumber lagi, kenyataan terbabit dikeluarkan beliau selepas ditanya adakah kebarangkalian Malaysia akan bergerak ke arah negara yang mewajibkan pengambilan vaksin COVID-19.

6F701796 A91B 4D5F B2A2 E2955C210C35 E1634433489870

Khairy mengulas, kerajaan mungkin tidak mewajibkan pengambilan vaksin di peringkat persekutuan, namun akan menggalakkan undang-undang berkenaan di peringkat sektoral sebagaimana yang telah diwajibkan bagi sektor awam bermula November depan.

“Kita juga akan galakkan sektor swasta untuk laksanakan undang-undang mewajibkan pengambilan vaksin dalam kalangan pekerja mereka,” katanya lagi.

145115 E1634433568357

Dalam pada itu, Berita Harian melaporkan, negara Itali semalam telah menggubal undang-undang yang memerlukan keseluruhan tenaga buruh sama ada swasta atau awam di negara itu untuk mendapatkan pas kesihatan kerajaan.

Tindakan itu dianggap satu tamparan kepada kebebasan demokrasi Barat apabila mewajibkan semua individu bekerja menerika suntikan vaksin dan menjalani ujian saringan COVID-19.

Ia juga secara tak langsung memaksa rakyat Itali untuk membuat pilihan sama ada mendapatkan pas kesihatan atau berdepan dengan kekangan bagi meneruskan kehidupan.

Gettyimages 1326301732 1024X683 1 E1634433629539

Langkah terbabit memerlukan seseorang individu itu menunjukkan bukti vaksinasi, ujian negatif atau baru pulih daripada COVID-19 untuk pergi bekerja. Menurut undang-undang baru Itali itu juga mengatakan mereka yang tak memiliki sijil kesihatan yang juga dikenali sebagai Pas Hijau perlu mengambil cuti tanpa gaji.

Mana-mana pihak yang ingkar peraturan berkenaan berdepan risiko didenda sehingga RM7,235. Setakat ini, syarat terbabit masih belum menerima tentangan perundangan yang serius.

Sumber: Sinar Harian, Berita Harian

Baca: Letak ‘Kubur’ Anti Vaksin Depan Laman Rumah, Hiasan Halloween Wanita Ini Jadi Tumpuan

Page 3 E1634432146531

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.