in

MySejahtera: Ibu Bapa Boleh Mula Daftar Anak 12 Tahun Ke Atas Untuk Vaksinasi

Collage 58

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minggu lepas, Ketua Pengarah Kesihatan mengumumkan bahawa kerajaan telah pun bersetuju untuk membenarkan individu berumur 12 tahun untuk mengambil vaksin Covid-19 Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech.


Menurut Berita Harian, keputusan ini dibuat selepas banyak pihak mendesak agar kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke atas segera diberikan vaksin kerana impak jangkitan bagi kelompok ini membimbangkan.

Ekoran ini, ibu bapa sekarang dah boleh mula daftarkan anak-anak untuk vaksinasi di aplikasi MySejahtera.

Kalau korang buka aplikasi MySejahtera, korang sekarang boleh tengok di bahagian “Add Vaccine Dependent” korang dah boleh tambahkan nama anak di situ, kalau korang dah memang letak anak dalam tanggungan MySejahtera, korang tinggal add je.

Whatsapp Image 2021 06 21 At 17.57.32

Sebelum ini, aplikasi MySejahtera hanya benarkan keluarga untuk daftarkan tanggungan yang berusia 18 tahun ke atas.

Bagaimanapun, sekiranya korang dah daftarkan anak sebagai tanggungan, maklumat individu dah tak boleh didaftarkan dalam akaun MySejahtera yang lain.

Untuk pengetahuan korang, penularan virus Covid-19 dikalangan kanak-kanak telah berada di tahap yang membimbangkan. Mengikut rekod KKM, sejak 25 Januari 2020 sehingga 30 Mei 2021, terdapat sebanyak 82,341 kes melibatkan kanak-kanak berusia 18 tahun ke bawah.

Daripada jumlah itu, kelompok paling tinggi dijangkiti adalah mereka yang berumur 13 hingga kurang 18 tahun iaitu sebanyak 27,402 kes.

Ini diikuti kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun sebanyak 26,851 kes dan 5 hingga 6 tahun, sebanyak 8,237 kes. Sementara yang baharu lahir hingga 4 tahun pula sebanyak 19,851 kes.

 

Baca: Kompaun Atas Sebab Tak ‘Update’ Status Kesihatan MySejahtera Dibatalkan – Polis

Screenshot 2021 06 21 At 6.03.18 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.