in

Kompaun Atas Sebab Tak ‘Update’ Status Kesihatan MySejahtera Dibatalkan – Polis

Collage 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara dan Menteri Kanan (Pertahanan) Datuk Seri Ismail Sabri telah mengesahkan bahawa status kesihatan di dalam MySejahtera yang tak dikemaskini tak termasuk dalam senarai kesalahan yang perlu dikompaun.


Oleh kerana ini, kompaun yang telah dikeluarkan ke atas 31 individu kerana gagal mengemaskini status kesihatan MySejahtera di Perak akan dibatalkan.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi akan merujuk perkara ini kepada Pejabat Kesihatan Daerah untuk memberitahu Jabatan Peguam Negara berkenaan pembatalan kompaun-kompaun tersebut.

Mysejahtera Vaksin

Bernama melaporkan, hasil semakan yang dijalankan oleh pihak polis daerah Manjung bersama Inspektor Kementerian Kesihatan dan Unit Undang-undang mendapati terdapat kekeliruan terhadap kesalahan tersebut.

KKM telah mengesahkan yang pengguna MySejahtera hanya perlu mengemaskini status kesihatan bila mereka mempunyai simptom, mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara, ada kontak rapat atau sah dijangkiti Covid-19.”

Sabtu lepas, dilaporkan seramai 29 pekerja syarikat minyak dan gas telah dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 seorang manakala dua lagi pekerja di kilang pemprosesan ayam dikompaun RM1,500 setiap seorang kerana gagal mengemaskini status kesihatan di MySejahtera ketika masuk ke tempat kerja.

 

Baca: Tular Pekerja Dikompaun Gara-gara Tak ‘Update’ Profil MySejahtera, KP MKN Kata Tak Perlu Kecuali…

Collage 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.