Korang dah update aplikasi MySejahtera? Kalau dah mesti korang perasan dekat menu MySejahtera sekarang dah ada beberapa penambahan baru.
Macam yang korang boleh tengok dekat atas ni, antara penambahan yang ada pada update terbaru MySejahtera adalah ‘Covid-19 Self Test’ dan butang ‘SOS Emergency’.
Covid-19 Self Test
Sekarang ni, kalau korang ada alami gejala Covid-19 atau rasa tak yakin, korang boleh dapatkan kit ujian kendiri di farmasi berhampiran untuk buat ujian saringan sendiri di rumah.
Atau pun, korang boleh tekan pada ‘Covid-19 Self Test’ dan dekat situ ada beberapa jenama kit ujian kendiri yang korang boleh pilih.
Jadi, lepas korang pilih jenama yang korang pakai untuk buat ujian saringan kendiri, korang boleh kemaskini keputusan yang korang perolehi di bahagian ‘Update Self Test Result’ supaya KKM boleh kenal pasti sekiranya korang positif.
Selain itu, kalau korang pilih ‘purchase online’, ia akan terus bawa korang ke laman web farmasi yang ada menjual kit ujian kendiri dan boleh dibeli secara dalam talian.
SOS Emergency
Manakala butang SOS Emergency yang terdapat di dalam aplikasi MySejahtera pula boleh digunakan sekiranya ada kecemasan yang berlaku.
Kalau korang tekan butang tersebut, korang boleh terus hubungi 999 sekiranya ada alami kecemasan dan memerlukan bantuan segera.
Dengan update terbaru dari MySejahtera ini, sekarang dah senang untuk korang kemaskini tahap kesihatan korang terus dari rumah dan ambil ujian Covid-19 pun di rumah je.
So, kalau korang nak tengok penambahan terbaru dari MySejahtera, korang boleh update versi terbaru aplikasi MySejahtera di Play Store atau App Store, okey?
Baca: “Daftar melalui MySejahtera” – Pendaftaran Vaksin Untuk Kanak-Kanak & Remaja Kini Dibuka