in

“Daftar melalui MySejahtera” – Pendaftaran Vaksin Untuk Kanak-Kanak & Remaja Kini Dibuka

Cats 32

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berita baik buat mereka yang mempunyai anak-anak berusia 12 tahun dan keatas!


Menurut laporan Awani, kanak-kanak berusia 12 tahun dan keatas kini berpeluang untuk mendapat suntikan vaksin setelah Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF) mengesahkan perkara tersebut semalam (Rabu).

Image

Difahamkan, pendaftaran untuk mendapatkan vaksinasi untuk golongan ini boleh dilakukan melalui aplikasi MySejahtera.

Dalam masa yang sama, pihak CITF turut menjelaskan pada peringkat permulaan, keutamaan akan diberikan kepada mereka yang lahir pada tahun 2003 dan akan menyambung pelajaran ke luar negara.

My Sejahtera

Selain itu, vaksinasi untuk kanak-kanak dan remaja ini turut akan diutamakan kepada mereka yang mempunyai komorbiditi atau individu mempunyai lebih daripada dua penyakit.

“Selain itu, kanak-kanak dan remaja yang mempunyai komorbiditi juga menjadi keutamaan untuk mendapatkan vaksin Covid-19”

Sebelum ini, sempat tular di aplikasi WhatsApp tentang pendaftaran vaksinasi untuk kanak-kanak telah dibuka.

Untuk yang tidak tahu bagaimana nak mendaftarkan anak-anak boleh rujuk langkah dibawah :

Cats 31

  1. Buka aplikasi MySejahtera.
  2. Tekan butang COVID19 Vaccination.
  3. Tekan menu Add Vaccine Dependent.
  4. Tekan pada nama anak / tanggungan yang ingin didaftarkan vaksin COVID19.
  5. Tekan butang Proceed.
  6. Sahkan maklumat nama dan nombor IC yang dipaparkan dengan menandakan tick pada pengesahan.
  7. Selesai. Anak anda kini telah didaftarkan.

 

Baca : “Kelonggaran bagi individu lengkap 2 dos vaksin akan diumum selepas Aidiladha”- TPM

Dua Dos Vaksin

Sumber: Berita Sabah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.