Aplikasi utama ketika negara diserang pandemik Covid-19 adalah MySejahtera. Sejak negara dalam fasa endemik dan aktiviti-aktiviti boleh dijalankan seperti biasa, MySejahtera seakan dilupakan.
Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin dalam satu ciapan di akaun Twitter miliknya memaklumkan kemaskini terbaharu MySejahtera. Untuk kemaskini terbaharu ini, MySejahtera bakal mempunyai rekod maklumat kesihatan individu dan anak. Korang boleh tengok tweet @Khairykj kat bawah ni.
Tambah Khairy lagi, dari masa ke masa, aplikasi MySejahtera juga akan memperkenal ciri lain antaranya, rekod pendermaan darah, dan ‘buku pink’ digital.
Kemaskini untuk rekod saringan kesihatan dan rekod imunisasi anak boleh diperoleh mulai hari ini.