in

“My parents akan buat report polis” – Terima Banyak Komen Negatif & Kutukan, Isteri Sufie Rashid Mahu Buat Laporan Polis

Kontroversi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan viralnya video isteri penyanyi Sufie Rashid kelihatan meninggalkan pelamin selepas ibu mertuanya naik ke atas pentas, wanita terbabit katanya telah menerima pelbagai komen negatif daripada netizen.


Menerusi instastory isteri Sufie, Nurulain Md Yusof atau lebih selesa dipanggil Ain ini telah bertindak untuk membuat laporan polis atas komen-komen cacian yang diterimanya itu. 

 

“Bukan sebab saya takut tapi disebabkan saya manusia biasa, kesabaran saya ada batasnya” 

Ain juga pada masa yang sama menjelaskan bahawa laporan yang bakal dia buat tu bukanlah disebabkan dia takut, tapi kerana kesabarannya sudah sampai ke tahap maksimum.

“Contoh komen yang ibu bapa saya akan buat laporan polis. Bukan sebab saya takut tapi disebabkan saya manusia biasa, kesabaran saya ada batasnya,” kata Ain sambil memaparkan cemuhan yang diterimanya di instastory.

Polis 1
sumber: instagram

 

“Biar undang-undang buat kerja, i nak honeymoonlah!”

Dalam pada tu, Ain juga menambah yang dia telah ‘screenshot’ kesemua komen cacian tersebut sebelum memadamnya kerana ingin menyerahkan kepada pihak polis.

Kini Ain hanya mahu tumpukan perhatian pada cuti honeymoonnya bersama Sufie.

Delete
sumber: instagram
Job 1
sumber: instagram

Sufie dan Ain telah bernikah pada 21 September lalu di Pulse Grande Hotel Putrajaya.

Apa-apapun admin harap masalah keluarga ini cepatlah berakhir dan netizen jangan lah lagi menambah minyak ke dalam api. 

Baca: “Bukan DRAMA atau SANDIWARA” – Ibu Sufie Rashid Kesal Dengan Sikap Menantu, Buat Tak Endah Semasa Atas Pelamin

Supi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.