Tak lama dulu, kecoh kisah penyanyi dari Singapura yang juga juara AF 2015, Sufie Rashid mempunyai masalah kekeluargaan dengan ibunya.
Seperti yang semua tahu, Sufie baru-baru ni sudahpun mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Nurulain Md Yusof di Hotel Pulse Grande, Putrajaya.
Namun disebalik perkahwinan itu, katanya ada drama pergaduhan dengan ibu Sufie yang masih tidak berkesudahan. Uiks kenapa pulak tu!
“Kami diperlakukan seperti penjenayah yang ingin merosakkan majlis itu” – Ibu Sufie
Menerusi perkongsian Irma Mahamud di Facebook, dia selaku ibu kandung kepada penyanyi tersebut telah meluahkan rasa tidak puas hati kerana dilayan dengan teruk sekali semasa majlis perkahwinan berlangsung.
Dalam pada itu, Irma juga mendakwa bahawa dirinya sebelum ini disalaherti dan ada pihak-pihak tertentu yang cuba menabur fitnah ke atasnya dan keluarga.
Menantu buat tak endah dengan mertua?
Malah lebih mengejutkan, menantunya sendiri juga dilihat berlaku biadap ketika Irma naik ke atas pentas untuk bertemu dengan anaknya. Uish sampai hati ‘blah’ macam tu je. Kesian pulak kat Sufie yang terkapai-kapai tangan dia tu.
https://www.facebook.com/ISM.DELIGHTS/videos/10220324920575234/
“Tak baiknya pengantin perempuan begitu”
Rata-rata netizen mengikuti kisah ini merasakan pengantin wanita tersebut berperangai sangat biadap dan langsung tak menghormati keluarga mertuanya. Hmm min pun tak tahulah nak kata apa…
Apa-apapun diharapkan Sufie dan ibunya bertabah hadapi dugaan ini. Selesaikanlah masalah dengan cara yang baik.
Baca: “Uish Nabila derhaka ke?” – Sharnaaz Failkan Permohonan Nusyuz, Mahu Cuba Selesai Dengan Cara Baik