in

My mom dirogol waktu rumah dipecah masuk, I anak hasil tragedi tu”-Pengakuan Pemuda Ketika Live IG Caprice -Fynn Buat Netizen Terkejut

Fahmi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak akhir-akhir ini, isu tentang kes rogol dan ganguan seksual menjadi topik yang hangat di media sosial. Isu ini menarik perhatian artis rap tanah air apabila Caprice membahaskan tentang ini dengan melakukan IG Live bersama Fynn Jamal.


Semasa live tersebut sedang berlangsung, satu komen dari pemuda ini menarik perhatian ramai apabila dia mendedahkan kisah sebenar yang berlaku kepada ibunya. Menurut pemuda yang dikenali sebagai Fahmi Asyraff Abdullah, 20, dia merupakan anak yang lahir dari insiden hitam apabila ibunya menjadi mangsa rogol oleh seorang penjenayah yang pecah masuk ke rumahnya.

12 1 1

Menurut Fahmi, dia masih tinggal bersama ibunya serta keluarganya. Ibu Fahmi dirogol selepas khawin, dan dia mempunyai abang dan adik. Walaupun sebagai tiri, ayah Fahmi tetap menerima dan anggap Fahmi seperti adik beradik tiri yang lain.

Rata-rata komen di Twitter meluahkan rasa simpati kepada pemuda itu dan berharap dia terus kekal tabah.

2 28

3 24

Ketika ditemu bual, Fahmi sempat memberi pesanan kepada yang mengalami perkara senasib dengannya.

“Pesanan saya bagi mereka yang senasib, kuatkan la semangat kerana perkara ini bukanlah perkara yang saya dan kawan kawan senasib minta dan bukan salah kami. Ramai yang datang bercerita tentang nasib mereka sebagai anak tak sah taraf dilayan dengan teruk oleh ibu kandung mereka sendiri hingga terpaksa tinggal bersama ibu saudara.”

“Saya faham ibu tersebut mengalami kisah silam yang perit dan bencikan pelaku tersebut tapi tolongla saya merayu, kawan kawan senasib tidak bersalah, kami tak minta untuk dilahirkan begini, kami perlukan kasih sayang seorang ibu juga. Kalau ada yang membaca ini mempunyai anak yang senasib dengan saya, berilah kawan kawan peluang hidup”

Menurut Fahmi lagi, “jangan hina wanita yang pernah dirogol, tetapi hinalah si pelakunya, jangan hanya mendidik anak perempuan untuk menutup aurat sahaja, tetapi ajarlah anak lelaki menjaga nafsu dan akhlak” ketika ditemu bual.

Terdahulu, Fynn Jamal secara tiba-tiba trending di Twitter apabila membangkitkan isu jenayah rogol. Beberapa pendapatnya telah mencetuskan kemarahan warganet apabila ada yang mendakwa ia agak mengelirukan

Baca: Sebab Nak Kahwin Lain, Lelaki Tergamak Suruh Pekerja Rogol Isteri Sendiri!

F.b 19 12

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.