in

Sebab Nak Kahwin Lain, Lelaki Tergamak Suruh Pekerja Rogol Isteri Sendiri!

Featured 16

Melampau!

Seorang lelaki yang juga pengusaha kedai pakaian di Mesir tergamak menyuruh pekerjanya sendiri merogol isterinya hanya kerana mahu berkahwin lain.

Lelaki yang dikenali dengan nama Hussain A, 24 tahun itu merancang supaya isterinya ‘nampak curang’ sekaligus memudahkan dia untuk bercerai dengan isterinnya.

 

Suruh rogol isteri tapi pekerja ‘terbunuh’…

Namun rancangannya itu berlaku sebaliknya bila pekerja yang disuruh untuk ‘ratah’ isterinya itu telah terbunuh wanita tersebut ketika cuba merogol mangsa, lapor Harian Metro.

Mangsa, Eman Aded, 21 tahun yang juga penuntut universiti ditemukan meninggal dunia di sebuah apartmen di Mit Antar, Bandar Talkha.

Perkara itu disedari Hussain ketika dia memasuki rumahnya sebelum terus memaklumkan kepada pihak berkuasa.

Siasatan polis mendapati suspek mencekik mangsa sehingga mati ketika dia cuba memperkosa mangsa.

Lebih menyedihkan wanita itu terkulai layu disebelah bayinya yang baru berusia sembilan bulan.

Hussain akhirnya mengaku yang dia merancang kejadian rogol tersebut sebab mahu berkahwin dengan wanita lain, malah dia turut mengaku menghasut pekerjanya untuk rogol mangsa.

 

Baca : Ingat BF tanam atau bakar- Cebisan Tubuh Mayat Bayi Lelaki Dibuang Dalam Lubang Najis, Suspek Baru 20an?

Baca 17