“Muntah ketika sedang bermain” – Ibu Kongsi Gambar Menyentuh Hati Anak 4 Tahun Bergelut Dengan Penyakit Kanser

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Orang dewasa hadapi penyakit kanser pun sudah perit kita tengok, apatah lagi kanak-kanak yang menghadapinya. Pasti lagi double kesakitan yang mereka alami kalau tengok pada besar tubuh badan dan kudratnya.

Inilah yang dihadapi seorang kanak-kanak yang berusia 4 tahun lepas dia diagnos penyakit leukimia. Ibu kepada kanak-kanak itu, Kaitlin Burge telah berkongsi dugaan yang dialami anaknya Beckett di Facebook

 

Kakak umur 5 tahun sanggup tunggu tepi toilet tengok adik muntah

Menerusi posting tersebut, Kaitlin telah berkongsi gambar anaknya sedang muntah sambil ditemani kakaknya yang berusia 5 tahun.

Kata Kaitlin, semasa Beckett muntah-muntah di tandas, Aubrey, 5, akan berdiri macam guard di tepi tandas. Anaknya itu kerap muntah ketika sedang bermain dan Aubrey akan datang menggosok-gosok belakang adiknya itu ketika dia sakit. Aww baiknya dia… 

Muntah ketika sedang bermain. Bangun untuk pergi muntah. Aubrey akan berdiri di sisi adik lelakinya dan menggosok belakang budak itu ketika dia sakit.

“Inilah kanser ketika zaman kanak-kanak. Hadapinya walau apapun,” kata Kaitlin.

One thing they don’t tell you about childhood cancer is that it affects the entire family. You always hear about the…

Posted by Beckett Strong on Tuesday, September 3, 2019

 

Inilah realiti kehidupan anak yang sedang hadapi kanser 

Melalui gambar-gambar itu, Kaitlin kata inilah realiti yang dihadapi kanak-kanak yang sedang menghadapi kanser.

Penyakit telah mendatangkan banyak implikasi dalam hidup mereka sekeluarga sehingga mereka hidup berpecah belah dan kehilangan ramai kawan.

“Keluarga kami pecah belah. Kami semua penat. Hubungan anda dengan orang lain diuji. Anda akan kehilangan kawan. Anda juga tidak dapat keluar dan jalani kehidupan anda macam sebelum ni,” kata Kaitlin lagi.

Sumber: CNN

Walau bagaimanapun, admin doakan semoga anak ibu ini cepat sembuh dan tidak sakit lagi. Semoga mereka sekeluarga tabah hadapi dugaan ini. 

Baca: “Ayah tak mahu orang lain mati” – Anak Terharu Bapa Kanser Tahap 4 Sanggup Jadi Bahan Ujikaji Kemoterapi Demi Bantu Pesakit Kanser Lain

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!