Semalam viral di Twitter berkenaan dengan dua orang gadis memuat naik video mereka tumpahkan boba diatas lantai.
Dalam video tersebut kelihatan boba yang dibiarkan satu malam itu jadi mengeras, alasannya nak bagi kucing minum.
Bertaubatlah tak nak minum boba lagi”
Jadi, gadis tersebut cuba nak jelaskan bahayanya minum boba sebab keadaan sebegitu yang mungkin akan terjadi dalam perut kita. Bagaimanapun video tersebut mengundang kecaman, tengok ni.
https://twitter.com/IsteriNajib/status/1176364106841874437
Perkongsian yang netizen anggap ‘kurang bijak’ ni telah meraih lebih daripada 800 perkongsian sejak ia dimuat naik dan mengundang makian netizen.
Tapi sebenarnya mereka bengang bukan sahaja pasal info tu, tapi tindakannya yang macam orang tak ada adab tumpahkan minuman di atas lantai di tempat awam. Alasan yang diberikan nak bagi kucing minum.
first of all, why did you tuang the whole leftover drink on the sidewalk to give the water to the cats (kononnya and expecting the cleaner to clean up ur mess? what kind of low class mentality is this?
second, pearls tu mengeras bcs the water inside dah kering due to panas lol https://t.co/03qZVOiAL3
— amalia pass proexam 1st attempt ?? (@amaliaisakoala) September 24, 2019
Masing-masing macam tak bolah nak hadam dengan apa yang dia cuba sampaikan, sampai dikutuk habis-habisan.
Bodoh tu simpan sikit – Netizen
Jenama yang mereka minum itu adalah Tealive, terpanggil dengan ‘info’ yang diberikan itu kerana dah viral. Tealive tampil berikan info yang lebih bernas pasal boba ni.
Jangan mudah-mudah bagi kucing makan bubble tea okay – Tealive
https://www.instagram.com/p/B2ymlGSjDVc/
Lepas ni, kalau nak bagi info tu buat lah kaji selidik dulu. Dah lah buat bersepah, kutuk produk tanpa usul periksa, buat satu perkara yang tak berfaedah pula tu. Dah tak pasal-pasal kena kecam teruk!