in

Mulai HARI INI Warga Asing Dikenakan Caj Penuh Kuarantin – DS Ismail Sabri

Page 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerajaan telah memutuskan untuk mengenakan caj kuarantin penuh ke atas warga asing yang masuk ke negara ini bermula hari ini.


Walaubagaimanapun kerajaan bertindak untuk mengekalkan kos subsidi kuarantin bagi warganegara.

Sebelum ini caj penuh hanya dikenakan kepada anak kapal yang bukan warganegara.

“Kerajaan sebelum ini telah memutuskan bahawa caj kuarantin bagi semua individu yang memasuki pintu negara di bawah tanggungan sendiri.

“Bermula hari ini, 24 September 2020, semua individu bukan warganegara yang masuk dari semua pintu masuk antarabangsa negara perlu membayar caj penuh ini. – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Capture 6 6

Kadar yang perlu ditanggung oleh warga asing adalah sebanyak RM4,700 iaitu RM2,600 bagi caj tetap pengoperasian dan RM2,100 kos penginapan.

Wah mahal rupanya kos kuarantin yang kena bayar…

Berbeza dengan warganegara, mereka hanya dikenakan caj sebanyak RM2,100 bagi kos penginapan dan baki RM2,600 ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

Untung jadi rakyat Malaysia, banyak dah subsidi kerajaan tanggung tu…

Bagi individu seterusnya yang berkongsi bilik dengan individu pertama, mereka perlu membayar separuh kos iaitu RM700, lapor Berita Harian.

Kerajaan turut menanggung caj penginapan penuh bagi kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah.

 

Baca : Pendaki dikesan kontak rapat pesakit Covid-19- Aktiviti di Gunung Kinabalu Dihentikan Sehingga 8 Oktober Depan

Capture 6 5

Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.