in

“Pendaki dikesan kontak rapat pesakit Covid-19”- Aktiviti di Gunung Kinabalu Dihentikan Sehingga 8 Oktober Depan

13.5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang plan nak buat aktiviti kat Gunung Kinabalu dalam dua minggu ni, bertabahlah sebab Kinabalu tutup 14 hari.


 

Tutup 25 Sep – 8 Okt

“Notis penutupan Kompleks Taman Kinabalu, bermula 25 September hingga 8 Oktober depan.” – Lembaga Pemegang Amanah Taman-taman Sabah

 

Kejadian kontak rapat 13 – 14 Sep

Menurut Setiausaha Tetap Dr Jamili Nais, seorang pendaki dari Tawau telah dikesan sebagai kontak rapat kepada pesakit positif Covid-19 pada 13 hingga 14 September lalu, lapor Berita Harian.

“Justeru, Jabatan Kesihatan Sabah mengesyorkan Kompleks Taman Kinabalu ditutup kepada orang awam, termasuk pendaki ke Gunung Kinabalu, selama 14 hari berkuat kuasa 25 September (esok) hingga 8 Oktober depan.”

Berikutan itu, semua malim gunung dan porter serta kakitangan Sutera Sanctuary Lodge (SSL) dan Mt Torq yang terdedah kepada jangkitan Covid-19 ketika bertugas pada dua hari itu diarahkan menjalani saringan kesihatan selain melakukan kuarantin di rumah sehingga keputusan saringan keluar.

Namun, kakitangan taman, SSL dan Mt Torq serta agensi berkepentingan akan dibenarkan masuk.

Semua kemudahan awam juga akan dilakukan proses nyah kuman.”

Tambahnya, Jabatan Kesihatan Sabah akan meletakkan notis penutupan yang bermula pada hari ini.

Selain itu, taklimat kepada Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew sudah pun diberikan.

 

Baca : “Frontliners sanggup menggadai nyawa” – Netizen Terharu KKM Hantar Petugas Kesihatan Semenanjung Ke Sabah Untuk Tangani COVID 19

13.5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.