in

Muka Wanita Musnah Akibat Jangkitan Kuman

Per

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Amaran: Imej di dalam artikel ini mungkin menganggu dan menggelikan sesetengah pembaca

Seorang wanita terpaksa melupakan impiannya untuk menjadi pelakon selepas jangkitan kuman di bahagian mukanya merebak sejak tiga tahun lalu.


Tran Thi Yen Nhung, 28, disahkan menghidap penyakit sinusitis tiga tahun lalu dan menjadi semakin teruk semenjak itu. Dek kerana tidak mempunyai pilihan lain, keluarga Nhung membenarkan pembedahan dijalankan.

Kuman
sumber: mirror. Co. Uk

Malang bagi wanita dari Vietnam itu apabila pembedahan yang sepatutnya memulihkan sebaliknya telah menyebabkan jangkitan tersebut semakin kronik.

Semenjak itu jangkitan mula merebak di seluruh muka Nhung. Dalam masa kurang satu tahun, kuman itu telah memusnahkan kening, mulut dan hidungnya. Lebih teruk lagi, jangkitan itu menarik perhatian lalat untuk hinggap di mukanya!

Berpuluh-puluh doktor telah membantu merawat Nhung dan pelbagai terapi telah dijalani namun kesemua usaha itu sia-sia.

Kuman2
sumber: mirror. Co. Uk

Menurut ibu saudaranya, Tran Van Hong, Nhung kini merayu kepada keluarganya untuk tidak menghabiskan wang bagi merawat sakitnya itu.

Melihat keadaan Nhung sangat menyedihkan kami. Dia sentiasa dalam kesakitan. Sudah banyak wang kami pinjam dan habiskan untuk membayar bil perubatan. Tetapi, penyakitnya tidak juga sembuh,” katanya.

Jangkitan itu akhirnya menyebabkan Nhung tidak boleh melihat dan makan dengan sempurna.

Menurut pakar hidung dari Pusat Alergi dan Asma New York, Wellington S. Tichenor, jangkitan Nhung berkemungkinan adalah kombinasi kulat dan rawatan awal yang tidak mencukupi.

“Penyakit tersebut adalah berbeza di lokasi berbeza di dunia. Perbezaan iklim, ubat dan rawatan juga memainkan peranan,” jelas Wellington.

Kuman1
nhung, sebelum dijangkiti kuman di bahagian mukanya | sumber: mirror. Co. Uk

Make sure kalau rasa tak sihat dan seperti ada simptom jangkitan atau apa jenis penyakit, terus jumpa doktor!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.