Siapa tak bersemangat kalau pasukan bola sepak negara bermain di perlawanan EURO kan? Peminat bola mesti akan excited nak tengok perlawanan dekat stadium terutamanya jika ia sudah di peringkat separuh akhir.
Namun, bagi seorang wanita dari England sampai sanggup tipu majikan dan mengambil cuti supaya dia tidak terlepas daripada menonton perlawanan separuh akhir antara negara kebanggaannya itu dengan Denmark baru-baru ini.
Bagaimanapun, penipuannya itu terbongkar apabila wajahnya disiarkan ketika siaran langsung perlawanan tersebut. Menurut laporan, penerbit kandungan digital bernama Nina Farooqi itu telah menipu dan memberi alasan sakit namun majikannya mendapati dia berada di stadium selepas wajahnya terpapar di TV ketika sedang meraikan jaringan gol Harry Kane ketika perlawanan tersebut.
Wanita berusia 37 tahun itu dihubungi majikannya keesokan pagi dan memaklumkan dirinya sudah dipecat kerana menyaksikan perlawanan bersejarah tersebut. Difahamkan, dia dan rakannya telah memenangi tiket pada saat akhir menerusi cabutan bertuah.
Emosi yang bercampur baur. Kami mara ke final, saya masih teruja tetapi saya juga kehilangan kerja. Rakan saya memenangi tiket dalam satu cabutan bertuah, dan saya tahu saya akan melakukan apa saja untuk ke perlawanan itu – tidak mungkin saya akan melepaskannya.”
Ia tidak berlaku sejak 1996, saya masih ingat, saya menangis di sofa ibu saya ketika Gareth Southgate terlepas sepakan penaltinya dan penyokong bola sepak tidak boleh melakukannya. Bola sepak adalah kehidupan saya.”
Katanya lagi, dia sudah jangka bahawa majikannya tidak akan meluluskan cuti pada saat akhir kerana kekurangan pekerja. Namun, dia tidak menyangka dirinya dapat ‘dikesan’ dalam stadium yang dipenuhi dengan 66,000 penonton itu.
Farooqi yang juga jurugambar dan penerbit video bebas dalam arena bola sepak lelaki dan Liga Super Wanita itu dan rakannya telah mendapat tempat duduk betul-betul di belakang gawang gol. Katanya, dia bersyukur rakannya dalam komuniti bola tetap memberi sokongan meskipun sudah kehilangan kerja.
Mereka semua begitu menakjubkan dan ia sesuatu yang menarik untuk menyaksikan perlawanan final bersama mereka pada Ahad ini.”