in

“Cedera belakang & otak masa jadi tentera di Afghanistan” – 3 ‘Propa’ Daripada Peserta Program Realiti Sebelum ‘Kantoi’

Penipu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ada segelintir individu sanggup melakukan apa sahaja demi mendapat perhatian orang ramai termasuklah menipu di realiti program untuk raih simpati dengan drama-drama yang mereka lakukan.


Berikut adalah senarai peserta realiti program di luar negara yang reka dan putar belit cerita sehingga juri dan penonton percaya sebelum kantoi.

 

1. Timothy Michael Poe

Timothy Michael Poe A L

Selalu kita dengar realiti program ini menipu kan? Tapi kes ini lain, peserta sendiri menipu penerbit dan pihak produksi termasuklah juri. Lelaki ini adalah salah satunya, Poe merupakan peserta America’s Got Talent (AGT) pada tahun 2012.

Ketika ujibakat dia ingin menyanyi, ketika berada di atas pentas dan ingin memperkenalkan diri, Poe yang ada penyakit gagap itu menceritakan bahawa dirinya menjadi begitu adalah kerana kecederaan dalam satu tempuran di belakang badannya sehingga memberi kesan dekat kecederaan otak semasa berkhidmat sebagai tentera di Afghanistan.

Pihak juri dan penonton pada waktu itu tergamam kerana bersimpati dengan nasibnya sebelum memulakan nyanyian yang berjudul If Tomorrow Never Comes.

Sudah semestinya juri dan penonton sebak mendengar kemerduan suaranya sehinggakan penonton dan juri memberikan standing ovation dan mendapat 3 Yes daripada juri dan membuatkan dia berjaya mara ke peringkat seterusnya.

Tapi rupa- rupanya cerita itu adalah palsu kerana, pihak Pengawal Nasional Minnesota mendedahkan bahawa bekas tentera itu tidak mempunyai rekod mengenai kecederaannya.

Menurut sumber, ada kisah yang dia reka, Poe memang ada  berkhidmat dengan Pengawal Nasional Tentera Minnesota dari Disember 2002 hingga Mei 2011, dia bekerja sebagai supply specialist.

Rekod menunjukkan dia ditugaskan di Kosovo dari 10 Oktober 2007, hingga 15 Julai 2008, dan kemudian bertugas di Afghanistan selama kira-kira sebulan pada tahun 2009 tetapi tidak pernah terkena bom tangan atau mengalami patah punggung atau cedera otak, seperti yang diceritakannya kepada juri.

Poe tampil memberi respon bahawa kecederaan dan kegagapannya adalah memang betul dan fakta bahawa tidak ada catatan mengenai kejadian itu adalah masalah biasa dalam rekod tentera.

Tetapi, walaupun dia mengatakan dia dirawat di hospital tentera di Landstuhl, Jerman, dan San Antonio, Texas, dia tidak memberikan apa-apa rekod untuk membuktikannya.

Salah seorang juri AGT, Howard Stern meluahkan bahawa dia begitu begang dengan Poe,

“Pembohong paling besar dalam planet ni, namun dia tidak membohong mengenai pekerjaannya.” Katanya menerusi salah satu temubual di salah satu stesen radio.

Jelas Stern lagi, dia hampir-hampir menangis bila dengar cerita Poe. Bekas tentera ini walaubagaimanapun tersingkir pada peringkat kedua kerana persembahannya tidak memuaskan hati juri.

 

2. Jermaine Jones

Jermaine Jones

Dia merupakan bekas peserta American Idol musim ke 11 pada tahun 2012, dia menjelaskan kepada pihak penerbit bahawa ayahnya telah mengabaikannya dan ibunya pada 10 tahun lepas. Namun, kenyataan itu ditepis oleh ayahnya sendiri.

Ayahnya mendakwa bahawa dia selalu berjumpa dengan mereka, kenyataannya itu menjadi keraguan apabila Jones update tweet abc NEWS. dan putar belit balik kenyataan dengan mengatakan bahawa dia tak pernah cakap yang ayah dia tinggalkan dia.

Disebabkan itu, pihak produksi cuba gali latar belakang Jones dan mereka mendapati bahawa Jones ada rekod jenayah. Sumber mengatakan bahawa dia ada 2 rekod jenayah yang melibatkan keganasan.

Disebabkan itu, Jones telah dilucutkan daripada bertanding program tersebut selepas pihak penerbit bersemuka dengannya. Jones juga ada buat satu kenyataan di Twitter mengatakan bahawa dirinya tidak lagi boleh bertanding sebelum akaun Twitter dia dipadamkan.

3. Brian Heidik

S5 Brian Heidik

Peserta dan pemenang program relaiti Survivor ini memperkenalkan dirinya sebagai penjual kereta terpakai pada tahun 2002. Namun tak sampai seminggu, salah satu laman web mendedahkan bahawa sejarah pekerjaan Heidik ini adalah bintang filem lucah.

Dia menggunakan nama samaran David Roth, ketika pendedahan itu dibuat, pihak produksi menyatakan bahawa mereka perasan menerusi tatu bercorak harimau yang ada pada bahu kanannya, Heidik yang telah memenangi jutaan dolar daripada program tersebut dikatakan hidupnya berubah dan diluar kawalan, pendedahan ini dibuat oleh isterinya.

Dia dikatakan pernah ditangkap kerana melakukan seks luar tabii dan melakukan kekejaman terhadap haiwan, dia dikatakan terpanah anak anjing.

 

Baca : “Siapa nak menipu lagi lepasni?” – Ahli Running Man Kirim Surat Sedih, Penerbit Menangis Shooting Episod Akhir Lee Kwang Soo

Running

Sumber: Popcrush
Sumber: Blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.