Kecoh dua tetangga serumpun selepas insiden memalukan yang tercetus sewaktu perlawanan Harimau Malaya menentang pasukan tuan rumah Garuda di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta baru-baru ini.
Kita pun sedia tahu, aksi membabitkan kedua-dua negara ni seringkali ‘panas’.
Pengalaman menakutkan terakhir dialami skuad negara adalah pada Kejuaraan AFF Bawah 19 tahun di Sidarjo, Jawa Timur tahun lalu — yang menyaksikan skuad muda negara dibaling objek keras.
Sebelum itu, pasukan Malaysia terpaksa menaiki barracuda dua kali untuk pulang ke hotel penginapan — iaitu pada aksi final AFF 2010 dan final Sukan SEA 2011 selepas dikepung penyokong tuan rumah.
Macam-macam hal. 19 November depan, kita akan menyambut pula kedatangan pasukan lawan dalam aksi seterusnya menentang Indonesia — di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Dan dalam ramai-ramai orang, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri — ada menyampaikan sedikit nasihat kepada kita semua penyokong Harimau Malaya.
Dalam perkongsiannya di laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli berkata…
“Kami menyeru seluruh penyokong Harimau Malaya untuk tampil dengan akhlak yang baik saat kita sebagai Tuan Rumah melayan penyokong pasukan pelawat nanti. Ketinggian akhlak kita cerminan ketinggian mentaliti rakyat berkelas tinggi dunia.”
Walaupun penyokong kita diperlakukan dengan agak teruk tempoh hari, tapi Mufti kata biaq pi la depa dengan perangai lagu tu — kita tunjukkan akhlak sopan dan santuni tetamu yang akan datang ke rumah kita nanti.
Semua itu menurut Mufti, adalah untuk mencontohi peribadi mulia Nabi Muhammad SAW.
So guys, apa kata kita sahut seruan Mufti?
Tenang, dengar sorakan gemilang. Harimau Malaya pasti menang!
Baca: “Memang jujur habis” – Ini Analisis & Rating Skuad Kebangsaan Selepas Perlawanan Menentang Indonesia