in

Muat Naik Gambar Mesra, Ryzal & Maryam Sekali Lagi Dikecam Isu Pantang

Maryam Dan Ryzal Dikecam Isu Pantang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lebih sebulan yang lalu, pasangan selebriti media sosial, Ryzal Ibrahim dan Maryam yang terkenal dengan channel Youtube Duriankimchi telah menimang cahaya mata pertama yang dinamakan Rina.


Semenjak dari itu, kehidupan Ryzal dan Maryam seringkali mendapat perhatian netizen terutamanya makcik bawang yang mengkritik cara Maryam berpantang.

Walau bagaimanapun, Ryzal menerusi satu posting di media sosial telah menjelaskan bahawa isterinya seorang yang berbangsa Korea, jadi tidak semua cara pantang Melayu wajib diikutinya.

Assalamualaikum warahmatullah. Maryam atau nama sebenarnya You Narae, iaitu wanita warga Korea. Isteri saya bukan…

Posted by Ryzal Ibrahim on Thursday, October 28, 2021

 

Gambar mesra dengan isteri dapat komen negatif netizen? 

Pada 28 November lalu, pasangan ini telah memuat naik gambar mesra berdua yang dipercayai baru selesai bermarathon. Alahai comel je Maryam ni tau! 

Luar biasa marathon kali ni. Agak-agak bila sampai Langkawi ya..

Posted by duriankimchi on Saturday, November 27, 2021

 

Walau bagaimanapun, tidak disangka pula gambar tersebut meraih komen negatif dari netizen yang menuduh Maryam tidak berpantang kerana dilihat melakukan aktiviti lasak, tidak mengikat rambut serta memakai stokin. Laa ingatkan isu dah selesai? 

Pantanggg

Komen itu walau bagaimanapun telah dibalas kembali oleh Ryzal yang mengatakan budaya pantang orang Melayu tak sesuai diamalkan dengan kehidupan dan budaya orang Korea.

Durian

 

“Tak habis-habis netizen dengan soal berpantang ni”

Simpati melihat nasib pasangan itu yang asyik diasak dengan persoalan pantang, rata-rata netizen meminta ‘makcik bawang’ untuk berhenti meminta Maryam mengikut budaya Melayu yang jauh berbeza dari budaya asalnya.

Malah ramai juga berharap pasangan ini terus bertabah dengan kritikan yang diterima.

Isu Pantanf

Abaikan jelah kata orang tu Maryam dan Ryzal. Semoga happy selalu bersama anak yang baru lahir tu. 

Baca: “Maryam masuk Islam, bukan masuk kaum” – Ryzal Tegur Netizen Kritik Isterinya Tak Pantang Cara Melayu

Kritik Ryzal

 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.