Maryam Menangis Gembira Lepas Suami Bagi Hadiah Pakej Umrah, Dah Setahun Pendam Hajat

Tambah ke Sumber Pilihan
Maryam Menangis Gembira Lepas Suami Bagi Hadiah Pakej Umrah, Dah Setahun Pendam Hajat

Selepas 5 tahun memeluk Islam, Maryam You Narae atau lebih mesra dengan panggilan Maryam Duriankimchi tak dapat menahan rasa terharu apabila dapat menikmati keindahan Islam dengan lebih lagi dengan mengerjakan ibadah umrah buat pertama kali pada hujung Februari ini.

Jelas Maryam, dia sudah memasang niat untuk ke Tanah Suci Makkah sejak setahun lalu namun terpaksa pendam kerana ada beberapa hal yang tidak dapat dielakkan.


Artikel berkaitan : “Dia lebih tertutup dari saya” – Maryam DurianKimchi Cerita Detik Ibu Tertarik Dengan Islam

Artikel berkaitan : “Ramai ingat tudung ni satu paksaan” – Maryam ‘DurianKimchi’ Kongsi Kisah Berhijrah

Bagaimanapun, dia tidak menyangka yang Ryzal Ibrahim memberikan kejutan pakej umrah sempena hari jadinya pada 19 Februari.

“Dalam setahun sebenarnya saya simpan hasrat nak pergi umrah. Setiap hari saya berdoa agar dipanggil untuk ke sana.”

“Sepanjang tahun lalu saya dan Ryzal mencari masa untuk kesana tapi tertunda sebab fikirkan anaknya dan ada kerja perlu diselesaikan.”

Jelas Maryam kepada mStar lagi, pada mulanya dia kurang faham tujuan sebenar umat Islam kerjakan ibadah umrah namun padangannya mula berubah selepas melahirkan anaknya yang berusia 3 tahun.

Jelas Maryam lagi, dia mula belajar menutup aurat dengan sempurna malah perniagaan khimar juga merupakan salah satu proses.

“Selepas bersalin dan lihat Rina membesar dan ramai orang terdekat pergi umrah, jadi hati saya berubah.”

“Hati saya rasa nak balik dan rindu, tak tahu rindu apa. Sebab sebelum ini tak faham bila orang cakap macam tu.”

“Tapi tahun lepas perasaan itu ada. Itu yang buat saya nak ke sana.”

Dalam pada itu, dia juga berhajat untuk membawa seorang peminatnya untuk sama-sama mengerjakan umrah di Makkah.

Maryam berkata, ia sebagi tanda terima kasih atas sokongan mereka yang sehingga dia dan suami berada di tahap sekarang.

Sumber : mStar, TikTok

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Izuan Jelani
Lagi tulisan Izuan
Mende?

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Maryam Menangis Gembira Lepas Suami Bagi Hadiah Pakej Umrah, Dah Setahun Pendam Hajat
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/maryam-menangis-gembira-lepas-suami-bagi-hadiah-pakej-umrah-dah-setahun-pendam-hajat/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM