MISTERI: Proton Perdana Ditemui Terbengkalai Bersama Kereta Mewah Lain Di UK, Dipercayai Milik…

Tambah ke Sumber Pilihan
MISTERI: Proton Perdana Ditemui Terbengkalai Bersama Kereta Mewah Lain Di UK, Dipercayai Milik…

Sekumpulan pengembara dari UK baru-baru ini telah memuat naik salah satu pengembaraan mereka ke YouTube meneroka sebuah bangunan yang dah terbengkalai sejak beberapa tahun.

Melalu deskripsi YouTuber, Lost Adventures, satu-satunya cara untuk masuk ke bangunan itu adalah untuk gelongsor melalui tepi bangunan dan lompat pada satu ketinggian yang membawa dorang ke basement.

Bila dorang tiba di basement tersebut, dorang menemui prototaip kereta-kereta mewah, formula one dan beberapa teksi lama beserta beberapa replika kayu untuk tiru balik rekaan kereta-kereta klasik lama tersembunyi di sini.

Giphy

Namun apa yang mengejutkan, di antara kereta-kereta mewah ini, terdapat kereta Proton Perdana generasi-kedua yang kelihatan masih baru sehingga plastik kerusi pun tak buka lagi!

Ramai netizen dari Malaysia yang menonton video ini turut kongsikan rasa terkejut mereka. Lebih-lebih lagi Proton Perdana bukan semewah kereta-kereta yang ada di sana dan ia pun tak dijual di luar pasaran Malaysia.

F

Di dalam video ini juga jelas kelihatan nombor plat kereta tersebut VK 5231 yang merupakan  pendaftaran dari Kuala Lumpur, Malaysia dan didaftarkan sekitar tahun 2016-2017. Heran, kalau dah ada dekat UK kenapa pakai nombor plat Malaysia?

Berdasarkan komen-komen di video ini, ada yang spekulasi kereta ini dimiliki oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Car 2

Pun begitu, masih belum jelas sama ada betul atau tak maklumat yang diberikan oleh netizen ini namun apa yang pasti, dengan keadaan bangunan yang dah terbengkalai dan kereta-kereta di sana yang dah dipenuhi habuk, memang nampak macam dah ditinggalkan lama dan tak terusik.

Menurut salah seorang netizen lagi, bangunan terbengkalai ini dimiliki oleh Syarikat Bristol Car, ia merupakan syarikat pengeluar kereta buatan tangan. Jadi, kemungkinan kereta-kereta ini mungkin berada di situ kerana pemilik-pemilik kereta nak upgrade kereta dorang memandangkan syarikat ni memang terkenal dengan kereta buatan tangan.

Pada Mei lalu, syarikat ini telah pun dibekukan dan dikatakan juga kereta-kereta yang terbengkalai ini akan dilelong tak lama lagi.

Antara kereta yang ada di basement ini termasuklah prototaip Bristol Bullet, Bentley Continental Flying Spur dan Bristol Fighter.

Jangan biarkan hidup anda diselubungi… misteri

Baca: Diilhamkan Dari Seni Bina Islam Seperti Alhambra, Designer Kongsi ‘Misteri’ Landskap Putrajaya

Screenshot 2020 09 01 At 3.39.44 Pm

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Nadia Ghafar
Lagi tulisan Nadia

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

MISTERI: Proton Perdana Ditemui Terbengkalai Bersama Kereta Mewah Lain Di UK, Dipercayai Milik…
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/misteri-proton-perdana-ditemui-terbengkalai-bersama-kereta-mewah-lain-di-uk-dipercayai-milik/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM