in

Misteri! Mayat Reput Tanpa Kepala Dijumpai Di Banglo Lama Berhampiran Tanah Rizab UIA

Ft Mayat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam jam 11.45 pagi, pihak polis menerima satu panggilan mengenai penemuan mayat yang sudah mula mereput di kawasan bukit hutan Gombak tengah tambahan.

Mangsa yang dipercayai seorang lelaki tidak dapat dikenalpasti identitinya berikutan tiada pengenalan diri dijumpai berhampiran mayat itu


Lebih parah lagi, mayat mangsa dijumpai tanpa kepala dalam keadaan tubuh tergantung pada kayu bumbung sebuah banglo usang.

Tengkorak kepala yang sudah terpisah dengan tubuhnya dijumpai di atas lantai banglo tersebut.

Melihat kepada keadaan mayat sudah mereput, mangsa dipercayai sudah meninggal dunia sejak tiga hari yang lalu, lapor Kosmo!

 

Capture 1 3 4

 

Misteri banglo kosong

Menurut Berita TV9, banglo yang terletak di atas bukit berhampiran tanah rizab Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sudah lama ditinggalkan kosong.

Mayat lelaki tersebut bagaimanapun dijumpai lengkap dengan berpakaian jeans biru dan baju belang coklat putih.

Capture 5 11

Akibat daripada keadaan banglo yang terletak di atas bukit, pihak berkuasa mengambil 30 minit untuk tiba ke lokasi mayat ditemukan.

Mayat lelaki itu bagaimanpun telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.

Siapa lah yang gigih bawa sampai atas bukit tu… Harap-harap pihak berkuasa dapatlah selesaikan misteri ni…

Baca : Kes Bunuh Jalan Bangsar: Mayat Ditemui Ada Kesan Tetak, Dijumpai Terbaring Tak Sedar Diri Atas Jalan

Capture 5 10

Sumber: Kosmo!
Sumber: Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.