in

“Mintak 5 kotak Dunhill” – Penunggang Motosikal Dedah Kena Paw Dengan Polis

Page Polis 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita sepatutnya rasa selamat bila nampak polis. Ye lah kan dah jadi tugas polis untuk protect orang. Tapi jadi takut pulak bila perkara macam ni terjadi.

Baru-baru ni, seorang penunggang motosikal dah dedahkan di media sosial yang dia kena paw dengan polis! What?!! Mohd Hairry Hussain dah expose perbuatan sekumpulan abang polis ni di Twitter yang menahannya dan beberapa penunggang motosikal lain yang berwarganegara asing ke tepi jalan raya.


T1 3
sumber: twitter

 

Polis suspect Hairry ambil dadah

Seperti biasa, polis meminta Hairry menunjukkan dokumen penting sebelum bertanya if dia ada ambil dadah. Bila dinafikan, polis mempersoalkan penampilannya. Apabila perkara sebenar diterangkan, polis tu ugut nak bawak Hairry untuk buat urine test pulak.

T2 3
sumber: twitter

 

Polis ni asyik ugut nak buat urine test

Hairry sebenarnya kurang senang dan sudah mengesyaki ada sesuatu yang tak kena dengan tindakan polis tersebut menyelongkar wallet dan rampas handphone miliknya tapi terpaksa berdiam kerana risau polis tersebut akan tersalah anggap. Polis tu juga tak habis-habis takut-takutkan Hairry untuk membuat urine test.

T3 2
sumber: twitter

 

Suruh ‘belanja’ 5 kotak rokok dan 5 air 100Plus

Nasib baik akhirnya polis ni lepaskan Hairry. Tapi sebelum dia nak lepaskan, sempat pulaklah polis tu mintak ‘belanja’ walaupun tak ada melakukan apa-apa kesalahan. Mintak belanja bukan yang biasa-biasa pulak tu, tapi lima kotak rokok jenama Dunhill dan lima botol air 100Plus. Banyak tu!

T4 1
sumber: twitter

 

Terpaksa akur sebab takut kena aniayai dengan polis

Hairry rasa simpati dan tak dapat bayangkan berapa banyak lagi yang polis tu dah paw dari penunggang motosikal warga asing tu. Adui kesiannya. Dia nasihat orang ramai supaya berhati-hati pada waktu malam kerana boleh jadi kepada sesiapa walaupun tak buat apa-apa kesalahan. Dia juga terpaksa ikutkan aje permintaan polis tu sebab takut dianiaya pulak.

T5 1
sumber: twitter

 

Polis dah abaikan hak Hairry

Rasa sedih bila polis yang buat benda macam ni dekat orang awam. Hairry juga beritahu banyak haknya yang diabaikan termasuk bila dia selongkar barang peribadi miliknya. Mungkin kerana polis tu dah check walletnya, sebab tu dia meminta untuk belanja barang-barang tu. Tapi at the same time, dia bersyukur sebab tak ada apa-apa yang serius terjadi pada malam tu.

T6
sumber: twitter

Hmmm… Macam mana nak percaya polis bila perkara macam ni sering terjadi kepada orang awam. Mereka sepatutnya melindungi bukannya menyalahgunakan kuasa dengan mengambil hak orang lain.

Harap akan ada perubahan nanti.

Baca: Amah Minta Bantuan Polis Johor Sebab Didera Majikan, Tapi Kena Rogol Pula

Ome 758X398 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.