in

Ingat Nak Mengorat, Rupanya Nak ‘Pelepas’ Barang

Ngorat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes kena scam dan tetiba dituduh sebagai keldai dadah semasa di airport ni adalah antara perkara yang paling digeruni pelancong. Ramai yang dah terkena sampai ke tali gantung pun ada, tapi tak semua yang mudah terpedaya dengan modus operandi geng dadah macam ni.


Menerusi perkongsian di Facebook, seorang lelaki bernama Zainuddin Omar telah berkongsi pengalamannya yang hampir-hampir dijadikan keldai dadah. Kejadian yang berlaku kat airport tu terjadi semasa Zainuddin dan rakan-rakan sedang dinner sandwich sardin di balai menunggu.

41637596 10156599037688334 5092348074949345280 N
sumber: facebook

“Sambil nikmati sandwich sardin, datang seorang perempuan duduk sebelah saya, walhal banyak lagi kerusi yang kosong. Dalam hati terlintas, takkan ada orang nak ngorat saya dalam umur sebegini,” kata Zainuddin.

Tapi nasiblah Zainuddin ni jenis yang tak mudah cair dengan wanita dan dia jugak dapat agak ada ‘muslihat’ yang perempuan tu nak buat dekat dia. Fuh jangan main-main dengan otai!

“Saya bagitahu rakan-rakan, ‘Korang tengok perempuan sebelah saya, mesti dia menyampuk sat lagi. She is up to something.’

“Memang betul jangkaan saya kerana perempuan tu mulakan perbualan.”

“Where are you going sir?”

“Bangkok, you?” 

“I am going to Colombo, can you help me sir?” 

41700959 10156599038188334 8758997153449246720 N
sumber: facebook

Mula dari sini Zainuddin dah agak apa yang perempuan tu nak cakap dan dia cepat-cepat pintas soalan gadis tu.

“If you are asking for money, I am so sorry I can’t give you,” kata Zainuddin.

Lagipun katanya, dah banyak kali dia asyik terserempak dengan orang yang tak dikenali terlalu baik dengannya semasa melancong. Mesti ada udang di sebalik mi! Opss! 

Tapi perempuan tu sebenarnya ada permintaan lain. Dia nak minta Zainuddin bawa beberapa buah begnya untuk lepasi security checkpoint. Zainuddin dah dapat agak yang gadis ni kemungkinan seorang keldai dadah yang profesional!

41738481 10156599038163334 4478215378513690624 N
sumber: facebook

“Kamu tahu kan memang bahaya untuk bawa beg orang lain terutamanya kalau di airport. Kemungkinan ada barang berbahaya di dalamnya. Kamu tahukan akibatnya?

“Saya tak cakap yang kamu ni bawa barang yang berbahaya tapi kalau ada orang suruh kamu bawa beg mereka untuk melepasi sekuriti, kamu buat tak?” leter Zainuddin panjang lebar kat budak tu.

Sebaik je kena leter dengan Zainuddin, budak tu beredar dari situ dan mungkin cari mangsa lain pulak yang nak dikenakannya. Kata Zainuddin, dosa paling besar semasa kita kat airport ialah membawa beg orang lain yang korang sendiri tak tahu apa ada kat dalamnya apatah lagi ia dari orang yang korang tak kenal. 

41796185 10156599174893334 4865124578206154752 N
sumber: facebook

Elok untuk kita berperangai baik tetapi ada masa kita perlu berkurang ajar terhadap mereka yang cuba menggunakan kita,” nasihat Zainuddin.

Berhati-hatilah ye korang kalau didekati orang macam ni kat airport. Nak buat baik pun kenalah bertempat.

Baca: Hati-hati! Ibu Dengan Anak Ni Rajin Scam Orang!

Sc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.