in

Minta Macam-Macam, Tapi Syarikat Ini Tawar Gaji RM1,500 Je!?

Page 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gara-gara laporan berita hujung bulan lepas, kecoh juga perbincangan melibatkan gaji pekerja-pekerja di Malaysia kebelakangan ini.


Rakyat Malaysia dikatakan terima gaji yang jauh lebih rendah berbanding negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman mahupun negara jiran, Singapura walaupun menghasilkan produktiviti yang setara.

Autodesk Revit, Naviswork, AutoCad, Recap

Dengan kos sara hidup yang tinggi sekarang ini, rata-rata kita sedaya upaya nak jimatkan duit gaji sampai hujung bulan.

Tapi kalau gaji setakat RM1,500 dan beban kerja tinggi, korang sanggup tak terima bekerja di syarikat macam ni?

Gaji 1
sumber: twitter

Dalam perkongsian di sebuah page FB, sebuah syarikat dikecam sebab tawarkan gaji serendah itu untuk jawatan pereka model BIM atau Building Information Model.

Bim Example 1 Tekla 3D Cad Engineering Detailing International 1030X534
sumber: detailing express

Tugas seorang pereka model BIM ialah mencipta model bangunan 3D meliputi aspek teknikal jurutera, arkitek dan pembinaan bagi memberi gambaran serta kaedah terbaik untuk digunakan dalam merancang, mereka, membina dan menguruskan sesebuah bangunan.

Gaji semasa bermula harga RM4,500

So, berapa sebenarnya gaji patut ditawarkan kepada pereka model BIM?

Selepas diselidik di laman carian permohonan pekerjaan, kebanyakan syarikat dari dalam dan luar negara menawarkan gaji semasa antara RM4,500 hingga RM12,000!

Dahlah requirement syarikat tu minta kepakaran dalam pelbagai jenis program, kena coordinate dan cadangkan solution pula tu! Berbaloi ke kerja dengan gaji cuma RM1,500 dan komisen RM300?

Gaji 2
sumber: twitter
Gaji 3.1
sumber: twitter

Gaji macam pembantu rumah

Biasalah, semua orang pun nak berjimat-cermat sekarang ni termasuk pemilik-pemilik syarikat. Tapi takkan tak ambil kira penat lelah usaha, kelayakan dan skill pekerja tu sendiri.

Cuma pelik juga, takkan tak buat market research berapa gaji pekerja dengan skill diminta? Sekarang semuanya di hujung jari je kot.

Gaji 4
sumber: twitter

Walaupun iklan tu dah dibawa turun daripada original page, tapi nampak gayanya masih ada diiklankan di platform lain.

Mungkin pihak yang terlibat dapatlah monitor dan lakukan sesuatu bagi elakkan pekerja diperlekehkan sebegini rupa.

Kalau perkara sama jadi kat korang, korang akan tetap ambil tawaran kerja ni ke tak?

Baca: Digelar Trendsetter Dalam LinkedIn, Lelaki Guna Teknik Power Untuk Cari Kerja Hingga Dapat 15K Likes & Feedback Dari Bos Besar

Linkedin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.