Digelar Trendsetter Dalam LinkedIn, Lelaki Guna Teknik Power Untuk Cari Kerja Hingga Dapat 15K Likes & Feedback Dari Bos Besar

Tambah ke Sumber Pilihan
Digelar Trendsetter Dalam LinkedIn, Lelaki Guna Teknik Power Untuk Cari Kerja Hingga Dapat 15K Likes & Feedback Dari Bos Besar

Bukan mudah nak mencari pekerjaan di zaman sekarang. Kadang-kadang peluang pekerjaan tu banyak, tapi tak semua majikan tertarik dengan resume yang kita tampilkan.

Oleh itu, demi untuk menarik perhatian bos-bos di luar sana, macam-macam perkara yang seorang individu sanggup buat termasuklah idea sekreatif ini. Power oi cara brader ni jual diri dia! 


“Hi. Saya mencari seorang penemuduga untuk mengisi kekosongan kerusi ini” 

Menerusi perkongsian di Twitter, seorang lelaki bernama Azmil Hakim telah menarik perhatian netizen dan juga bos-bos besar di LinkedIn apabila dia ‘menjual diri’ dengan muat naik posting mencari penemuduga interview kerja.

Terbalik kan? Selalunya majikan up posting cari pekerja. Ini pekerja pulak up posting cari majikan yang mahu menemuduga. Fuh powerlah brader ni promote diri sendiri! 

Dzxlipxu8Aajila
Sumber: Twitter

Posting dapat perhatian bos besar di luar negara, cecah 15,000 likes dalam masa 2 minggu

Mungkin posting ini nampak simple dan very direct approach, tapi tahukah korang ia telah mendapat 15,263 likes dan hampir 900 komen pada masa artikel ni ditulis. Wow! Ini semua hanya dalam masa 2 minggu pulak tu. 

Kebanyakan komen ni pulak daripada bukan calang-calang orang tau. Semuanya bos besar yang berminat dengan cara Azmil ‘mempromosi’ dirinya. Ini antara komen yang Azmil dapat.

Dzxllzkv4Aev9M6

Dzxlnryvaaijnfn

Dzxlprdvaaiynsa
Sumber: Twitter

“Kerusi ini telah diisi dua kali. Book slot anda!” 

Menurut Azmil yang pernah bertugas di Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, kerusi penemuduga tersebut telah diisi sebanyak 2 kali dalam tempoh 2 minggu sejak posting tersebut dinaikkan.

Cv
Sumber: LinkedIn

Pun begitu, masih belum diketahui sama ada dia telah menerima tawaran pekerjaan ataupun tidak. Sehingga kini, posting Azmil masih jadi perhatian ramai dan kebanyakan netizen di LinkedIn meninggalkan kata-kata pujian dan semangat semoga dia beroleh pekerjaan yang diinginkan.

Good
Sumber: LinkedIn

Semoga berjaya bro! Bagi majikan yang berminat dengan saudara Azmil ni, korang boleh je DM dan contact beliau di sini. 

Baca: Nak Berjaya? Ini 13 Tips Usahawan Butik Lebarkan Sayap Hingga Ke Dubai

Temu

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaida Ismail
Lagi tulisan Syaida
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Digelar Trendsetter Dalam LinkedIn, Lelaki Guna Teknik Power Untuk Cari Kerja Hingga Dapat 15K Likes & Feedback Dari Bos Besar
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/digelar-trendsetter-dalam-linkedin-lelaki-guna-teknik-power-untuk-cari-kerja-hingga-dapat-15k-likes-feedback-dari-bos-besar/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM