Kenapa wujud lagi manusia macam ni?
Bila kita naik pengangkutan awam kebiasaannya semua orang buat hal masing-masing je. Tapi apa yang dialami oleh seorang wanita kat dalam LRT ni memang mengejutkan.
Menurut perkongsian Endang Hyder di Twitter, dia share pengalaman buruk ketika menaiki LRT dengan anak-anak. Endang menceritakan dia didatangi dua orang penumpang lelaki yang mula-mula hanya bertanya jika dia adalah guru violin popular yang mereka kenali.
Endang hanya senyum je tapi penumpang lelaki tu tiba-tiba teruskan ayat dia dengan kata-kata berbaur lucah dan sangat kurang sopan. Dah la cakap depan anak-anak Endang!
Lepas tu dengan tak malunya lelaki-lelaki yang mungkin berusia dalam lingkungan 20-an tu senyum-senyum. Mungkin dia ingat kelakar agaknya ‘gurauan’ dia tu! Endang memberitahu bahawa dia hanya pakai jaket, seluar longgar, kasut sneakers dan tak mengenakan solekan pun. Tapi masih ada yang bergurau lucah macam tu.
Walaupun sedih dengar kata-kata penumpang lelaki tu, Endang hanya berdiam diri sebab fikirkan keselamatan anak-anak dia. Karang tak pasal-pasal lelaki tu buat benda tak elok kat dorang anak beranak pulak!
Endang jugak tak sempat nak rakam muka mereka semua sebab waktu tu dia hanya fikir nak cepat-cepat pergi dari situ je.
Mendengar pengalaman buruk yang diceritakan Endang, ramai bersimpati dengan nasib guru violin tu. Dorang suruh Endang laporkan insiden tu sebagai kes gangguan seksual. Ada jugak yang tanya kenapa Endang tak tampar je penumpang lelaki biadap tu. Admin pun geram je rasa nak pelempang dia!
Rata-rata bersimpati dengan nasib Endang dan meminta supaya dia bersabar menghadapi dugaan ni. Endang memaklumkan yang dia sekarang tengah kumpulkan rakaman CCTV yang boleh membantu laporkan kes ni.
Teruknya! Semoga penumpang biadap tu cepat-cepat kena hukuman yang setimpal!
NOTA: Gambar atas kiri adalah gambar hiasan.