in

“Mereka yang pergi umrah, aku yang menangis” – Viral Video Dua Pemandu Grab Sujud Syukur Lepas Dapat Tahu Menangi Hadiah Program Umrah

Grab Food

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah menjadi impian keramat bagi seorang hamba Allah yang taat untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah. Tak dapat buat haji pun tak apa. Cukuplah sekadar buat umrah. Sebab itulah bagi yang tidak berkemampuan, mereka sanggup kerja siang dan malam demi menggapai impian ini.


Baru-baru ni, impian ternyata menjadi kenyataan bagi dua pemandu Grab ini apabila mereka telah memenangi hadiah program mengerjakan umrah daripada majikan. Video menyentuh hati dua pemandu dari Indonesia ini kemudiannya viral di media sosial.

 

“Ini temanku lepas dia memberitahu dua pemandu ini mereka menang hadiah program umrah. Mau nangissss” 

Menerusi video yang viral di Twitter ni, dua pemandu tersebut yang dikenali sebagai Tri Mulyanto dan Supriyono sedang bersantai-santai sebelum seorang staf Grab datang kepada mereka membawa perkhabaran tersebut.

Staf yang merekod video Tri dan Supriyono ini bertanya sama ada mereka ada join atau tahu tentang program internal yang dianjurkan syarikat Grab. Staf tersebut kemudian bertanyakan tentang program umrah dari Grab sebelum menghulurkan dua keping kertas kepada pemandu tersebut.

Ini reaksi mereka sebaik menerima perkhabaran gembira tu. Sebak, gembira dan teruja admin melihatnya… 

 

“Selamat anda berangkat umrah” 

Menurut Coconuts, Pak Tri dan Pak Supriyono yang merupakan pemandu GrabBike telah memilih untuk mengerjakan umrah pada Mac ini. Pengurus PR Grab juga mengakui bahawa kedua-dua lelaki ini adalah rakan sekerja yang berasal dari Jawa Tengah, Semarang.

Di kesempatan itu, Tri dan Supriyono sempat merakam gambar bersama sambil menunjukkan kertas yang bertulis “Selamat anda berangkat umrah”.

Dzknbrsv4Aajcgq
sumber: twitter

Grab jugak memaklumkan program #ImpianUmrahItuDekat ini telah diadakan sebanyak 3 kali setahun. Setiap batch akan memilih hampir 200 pemandu bertuah dari 7 bandar berdasarkan performance mereka. Tri dan Supriyono antara layak kerana mempunyai prestasi yang membanggakan.

 

“Mereka yang pergi umrah, gua dong yang menangis” 

Rata-rata netizen yang melihat video ni sangat tersentuh dengan rezeki pakcik berdua ni dapat mengerjakan umrah yang ditaja company Grab. Tak sia-sialah bekerja siang dan malam dengan penuh ikhlas kalau macam ni kan.

Grab
sumber: twitter

Syukur Alhamdulillah rezeki pakcik berdua ni. Grab Malaysia ada buat program macam ni tak?

Baca: Berkerusi Roda Pun Boleh Kerja Grab Food

Kerja

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.