in

Berkerusi Roda Pun Boleh Kerja Grab Food

Grabfood Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang diakui bukan satu waktu mudah untuk mendapat pekerjaan baru, tak kira sama ada di Malaysia atau seluruh dunia.


Ditambah lagi dengan keadaan ekonomi yang tak stabil memaksa kita melakukan 2-3 kerja serentak pada satu-satu masa.

Naik MRT hantar GrabFood

Tapi apa yang menariknya, foto yang sedang viral di Internet ni membuktikan kekurangan diri bukan satu alasan untuk bersenang-lenang atau tidak bekerja.

Gambar seorang wanita yang menaiki kerusi roda dipercayai sedang dalam perjalanan untuk menghantar makanan dipesan pelanggan menggunakan aplikasi GrabFood, berjaya menarik perhatian netizen.

Grabfood
sumber: facebook

Menurut sumber, dia dilihat sedang menaiki MRT di Singapura sewaktu gambar ini diambil. Betul-betul bagi tamparan hebat buat semua orang kat luar sana!

Dan bukan dia seorang je, tapi ada lagi penghantar makanan GrabFood yang berkerusi roda berjaya dirakam netizen. Hebatnya!

46507397 984153115102930 7690446699369594880 N
sumber: facebook

Bergelar OKU tapi berusaha mencari rezeki

Ini bukti menunjukkan tak ada orang yang tak boleh bekerja.

Walaupun bergelar orang kurang upaya (OKU), diorang ni buktikan yang mereka tetap boleh berjaya dengan kudrat sendiri demi mencari rezeki.

Excited semua orang tengok semangat mereka berdua ni kalau tengok komen-komen ni.

Grabfood 1

Grabfood 3
sumber: facebook

Betullah apa orang kata, kalau ada kemahuan mesti ada jalan.

Takkanlah orang yang bergelar insan kurang upaya pun boleh berusaha cari rezeki sendiri, apatah lagi kita yang sihat walafiat ni.

Baca: “Ada prinsip mahu dipandang terbaik di mata Allah” – Atlit Judo OKU ‘Disqualified’ Enggan Buka Tudung

Judo

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.