“Mereka tetap nak tengok saya!” – Sajat Tak Kisah Video Muzik Banyak Dislike Asalkan Tontonan Berjuta

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Walaupun netizen memuji video muzik Abang Nak Tegur 3.0 setaraf artis antarabangsa, video muzik tersebut tidak putus-putus menerima dislikes orang ramai sejak dimuat naik di laman Youtube beberapa hari yang lalu. Kini mencecah 72,000 dislikes, rata-rata mengatakan mereka tidak akan like video tersebut selagi video tersebut masih menampilkan Nur Sajat.

Tidak seperti Aliff Syukri yang begitu bimbang dengan bilangan dislike yang diterima, Nur Sajat memberitahu bahawa dia langsung tidak terkesan dengan jumlah dislikes yang terlalu banyak itu, lapor Malaysian Digest .

Sumber: Instagram

Usahawan kosmetik yang terkenal dengan tagline ‘Jangan Mengata’ tersebut mengatakan bahawa apa yang penting baginya adalah jumlah tontonan berbanding jumlah like atau dislike yang diberikan kepada video muziknya itu.

“Sejujurnya, saya tak risau tentang hal itu kerana kita tak boleh nak paksa orang suka lagu kita. Apa yang penting jumlah tontonan tinggi,” kata Sajat.

Sumber: Instagram

Tidak kisah dengan jumlah dislikes yang banyak, Sajat turut mempersoal orang ramai yang masih mahu menonton video muzik tersebut walaupun tidak suka melihat dirinya. Video muzik Abang Nak Tegur 3.0 kini sudah mendapat tontonan hampir 725,000 kali. Wow!

“Pelik, walaupun orang tak suka saya, tapi mereka tetap nak tengok apa saya buat!” kata Sajat lagi.

Sajat juga memaklumkan bahawa dia tidak berniat untuk serius dalam dunia nyanyian tetapi sebaliknya hanya menjalankan tanggungjawab dan kepercayaan yang diberikan oleh Aliff dengan sebaik mungkin sahaja.

Sumber: Kisah Dunia

Oleh sebab itulah Sajat memilih untuk mengabaikan sahaja komen-komen negatif yang dilemparkan netizen kepada dirinya.

“Setelah dipelawa Datuk Aliff dan KRU untuk menyanyi lagu ini, saya cuba-cuba sahajalah. Saya bukan nak serius sangat dalam bidang ini.”

“Saya hanya buat kerja dan selebihnya ditentukan oleh pendengar dan penonton di luar sana. Komen-komen negatif, abaikan sahaja.”

Walaupun netizen masih tidak berpuas hati dengan video muzik yang terbaru ni, lagu Abang Nak Tegur 3.0 kini telah trending nombor 1 di laman Youtube. Wah, dahsyat!

Baca: Trending Nombor 2 di Youtube, Netizen Puji Video Muzik Abang Nak Tegur 3.0 Setaraf Artis Antarabangsa

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ditulis oleh Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.