in

“Mereka terus lari & hilangkan diri” – Sajat Kelam Kabut Tutup Muka Dengan Tudung Bila Terserempak Dengan Jemaah Dari Malaysia?

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau semalam ada laporan yang mengatakan usahawan kosmetik, Sajat sudah meninggalkan Tanah Suci Mekah dari melakukan ibadah umrah, ternyata laporan tersebut mungkin tidak benar ataupun tidak mendapat penjelasan yang betul.


Hal ni kerana, semalam beberapa individu mengaku masih ternampak Sajat dalam keadaan yang berpakaian wanita. Menurut seorang ustaz yang masih ada di sana, rombongan jemaahnya ternampak usahawan tersebut di tanah suci semalam. 

 

“Kelam kabut mereka tutup muka dengan tudung” 

Menerusi perkongsian seorang ustaz di Facebook, dia yang membawa jemaah mengerjakan umrah di Mekah semalam mendakwa terserempak dengan Sajat dan rakan-rakannya di tepi Masjidil Haram, Mekah. 

Sebaik Sajat perasan mereka dikenali jemaah dari Malaysia, usahawan itu bersama rakan-rakannya dikatakan telah melarikan diri dan menutup wajahnya dengan menggunakan tudung.

Sajat menerusi gambar di bawah kelihatan memakai jubah berwarna pink cair. Walau bagaimanapun, ustaz terbabit tidak sempat untuk membuat sebarang laporan kepada pihak polis kerana mereka dikatakan hilang dengan sekelip mata.

Sumber: Facebook

 

“Gemuknya Sajat. Elok-elok… jangan kita plak dibawa fitnah” 

Setelah meneliti beberapa gambar yang diambil ustaz tersebut, ada di kalangan netizen musykil sama ada wanita di dalam imej itu benar Sajat atau tidak. 

Ini disebabkan bentuk tubuh wanita berjubah pink tersebut dilihat lebih berisi berbanding Sajat. Takutlah kalau tersalah orang pulak kan… kan dah jadi fitnah. 

Sumber: Facebook

Bila netizen dah cakap macam ni, min pulak yang jadi was-was sama ada yang ustaz tu lihat Sajat atau tidak. Buat masa ni masih tidak diketahui sama ada Sajat sudah pulang ke Malaysia ataupun tidak.

Korang rasa macam mana? Apa-apapun kita tunggu penjelasan dari Sajat & pihak yang bertanggungjawab.

Baca: “Nak beribadat ke nak gosip?” – Jemaah Minta Viralkan Foto Sajat Khusyuk Berdoa, Kena ‘Sound’ Dengan Netizen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.