in

Menyayat Hati… Warga Emas Ditemui Maut Dalam Kereta, Kenderaan Tenggelam Dalam Banjir

Banjir Pahang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa tempat di Malaysia masih mengalami hujan yang diramalkan akan berlarutan sehingga Sabtu ini.

Pahang merupakan negeri yang terjejas malah beberapa kawasan seperti di Rompin dan Maran dilanda banjir.


Terbaru, seorang warga emas ditemukan maut dipercayai akibat lemas di dalam kereta miliknya yang dijumpai di kawasan ladang kelapa sawit di jalan utama FELDA Selancar 2, Rompin selepas banjir surut.

https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1631562214581866497?s=20

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Mohd Azahari Mukhtar, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan mayat mangsa dikenali Abdullah Satar berusia 73 tahun.

Difahamkan dia juga merupakan seorang peneroka di kawasan tanah rancangan itu, mayatnya ditemui kira-kira jam 6.40 petang semalam.

“Berdasarkan siasatan awal, keluarganya mendakwa mangsa hilang selepas keluar rumah sejak Rabu lalu dan gagal dihubungi menyebabkan mereka mencarinya, namun gagal.

Anak mangsa mendakwa dihubungi rakannya yang memaklumkan kereta Proton Iswara mangsa dijumpai dalam ladang terbabit dengan warga emas itu berada di dalamnya,” katanya.

Mayat mangsa berjaya dikeluarkan oleh pihak polis dan dibantu oleh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muadzam Shah serta penduduk kampung.

Sementara itu, seorang lagi wanita berusia 23 tahun dikhuatiri lemas sewaktu menyeberangi jambatan gantung Kampung Aur, Bukit Ibam dekat Rompin pagi tadi.

Salam takziah…

Baca: [VIDEO] Rumah Banjir Paras Air Naik Sampai Hidung Tapi Sejadah Masih Kering & Tak Terusik

Ft Sejadah Kering

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.