Menu Rahmah Serendah RM2 Dalam ‘Vending Machine’, Bantu Jana Pendapatan B40

Tambah ke Sumber Pilihan
Menu Rahmah Serendah RM2 Dalam ‘Vending Machine’, Bantu Jana Pendapatan B40

Baru-baru ini telah tular sebuah ciapan, memaparkan sebuah mesin layan diri (vending machine) yang menawarkan makanan dengan harga RM2 untuk sarapan pagi dan hidangan tengah hari dengan harga rahmah RM5.

Menu Rahmah yang ditawarkan melalui vending machine ini adalah inisiatif kerajaan untuk membantu golongan B40 menjana pendapatan mereka dengan mudah.


Melalui ciapan tersebut, dapat dilihat mesin layan diri yang telah ditempatkan di LRT Cempaka laluan Ampang telah dipenuhi dengan makanan yang dijual oleh peserta Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).

Apa yang menarik adalah kerajaan memberi jaminan akan menanggung sewa mesin serta tapak niaga selama dua tahun untuk peniaga-peniaga yang berminat.

Inisiatif ini sebenarnya digerakkan oleh Kementerian Ekonomi di bawah Insiatif Pendapatan Rakyat (IPR).

Dapat maklum balas positif!

Fp9AruuamaeqixoSumber: Twitter

Menurut laporan Berita Harian, salah seorang peserta program IPR, Fatin Afifah Alias berkata, dia telah berjaya menjual sebanyak 120 pek nasi lemak pada hari pertama program tersebut.

Tambah Fatin, inisiatif itu telah membantunya untuk menjalankan perniagaan dengan mudah kerana dia akan mendapat notifikasi melalui aplikasi yang digunakan jika bekalan makanan di dalam mesin telah habis.

“Dengan adanya aplikasi ini, saya tidak perlu berada di stesen LRT terlalu lama. Saya cuma akan datang untuk menambah pek makanan yang habis dan meletakkan makanan tengahari,” katanya.

Netizen teruja!

Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa teruja dengan inisiatif yang diwujudkan. Walaubagaimanapun, ada juga yang meminta kerajaan untuk mengetatkan kawalan kualiti dan kebersihan makanan yang akan disediakan oleh peniaga.

Screenshot 2023 02 28 122345

Bagus juga senang lepasni untuk sesiapa yang nak cuba berniaga guna vending machine..

Baca : “Selalu makanan & air je”- Ramai Puji Idea Inovatif Jenama Siti Khadijah Jual Telekung Dalam ‘Vending Machine’

F1 Tsk 728X383 1

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Farhan Sahak
Lagi tulisan Farhan
Seorang yang suka cuba aktiviti baru dalam kehidupan, tapi yang pasti dia tak pernah cuba awek member

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Menu Rahmah Serendah RM2 Dalam ‘Vending Machine’, Bantu Jana Pendapatan B40
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/menu-rahmah-serendah-rm2-dalam-vending-machine-bantu-jana-pendapatan-b40/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM