in

Menteri Yakin Kemampuan Kereta Terbang Pada Masa Hadapan

Xxx 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, projek kereta terbang yang dimulakan oleh Pakatan Harapan di bawah menteri sebelumnya, Mohd Redzuan Md Yusof mendapat kecaman teruk daripada orang ramai.


Projek ini dilihat sebagai sesuatu yang tidak masuk akal dan pembaziran memandangkan banyak lagi isu yang boleh diselesaikan dengan menggunakan wang untuk projek tersebut.

Pada 5 Ogos lepas, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengeluarkan kenyataan bahawa beliau yakin kereta terbang mempunyai potensi di pasaran tempatan dan antarabangsa pada masa akan datang.

“Superdrone mempunyai potensi tinggi di pasaran tempatan dan antarabangsa”

20171024 Wan Junaidi 01

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh beliau ketika menjawab soalan mengenai perkembangan terkini projek terbabit di Dewan Rakyat.

Walaubagaimanapun, status dana RM20 juta yang diluluskan oleh Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (Might) masih tidak dapat dijelaskan perkembangannya.

Adakah Malaysia bakal menjadi salah satu pengeluar terawal teknologi kereta terbang di dunia?

Sumber: Malaysiakini

 

BACA: Teksi Ampang Di Belanda? Dua Beradik Ini ‘Rebuild’ Proton Wira Semata Nak Layan Litar Nürburgring

Capture 7

 

Sumber: CincaiNews

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.