in

Kerajaan Mahu Bangunkan Aplikasi E-Commerce Untuk Tandingi Lazada, Shopee Dan Alibaba

Cats 25

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) kini dalam perancangan untuk membangunkan satu aplikasi penjualan dalam talian (e-commerce) untuk kemudahan rakyat Malaysia.


Aplikasi yang bakal diberi nama Online Market ini dikatakan dibangun untuk memberi persaingan kepada platform sedia ada seperti Lazada, Shopee dan Alibaba.

Download 4

Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pihaknya sudah meminta Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp), Institut Keusahawanan Negara (Insken), Institut Koperasi Malaysia (IKM) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk membuat kajian terhadap pelaksanaan aplikasi berkenaan.

1 24

Tambah beliau lagi, aplikasi dari kementerian ini akan memudahkan lagi rakyat Malaysia untuk membuat proses jual beli, di samping pengguna tidak perlu lagi menggunakan platform e-commerce lain yang mengenakan caj agak tinggi.

Menurut petikan Sinar Harian, Datuk Seri Dr Wan Junaidi juga yakin bahawa Online Market akan menjadi satu hub jual beli dalam talian yang terbesar di dalam negara pada masa akan datang.

Jika idea Online Market ni berjaya disiapkan pada suatu hari nanti, adakah ia akan menjadi platform utama pilihan rakyat Malaysia? Sama-sama kita nantikan.

Sumber: Sinar Harian

BACA: Forest Skywalk FRIM, Kepong Tawar Pemandangan KL Dari Ketinggian 50 Meter

Cats 23

 

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.