Rasanya dah lama kita tak dengar berita mengenai kes pedofilia. Kali ini dengarnya, pedofilia di media sosial sedang mengganas dan target ibu bapa yang anak mereka mempunyai masalah ruam di bahagian kemaluan.
Menerusi perkongsian netizen di Facebook, seorang wanita hampir-hampir terjerat dengan kelicikan seorang pedofilia yang kononnya berlakon hendak memberi pampers free kepada anak-anak asuhan.
“Nak bagi pampers free, kena send kemaluan anak yang ada ruam”
Menurut wanita ini, ‘suspek’ pada awalnya mula mencari mangsa di pelbagai grup Facebook yang berkaitan dengan kanak-kanak sebagai contoh grup pengasuh dan lain-lain.
Dia kemudian menghantar mesej bertanya kalau-kalau ada pengasuh yang menjaga anak perempuan kerana dia ingin bertanya mengenai ‘pengalaman’ mereka. Haa pengalaman apo pulak ni??

Suspek kemudian dengan lebih berani terus PM mana-mana wanita yang ingin dipancingnya dan bertanya kalau-kalau mereka boleh memberi gambar kemaluan anak asuhan ‘perempuan’ sahaja yang mempunyai masalah ruam di kemaluan. Pulakkk!
Namun mujurlah mangsa tak berikan gambar tersebut kerana mulai ragu dengan sikap suspek. Yelah ada ke pulak minta gambar kemaluan ‘perempuan’ je. Gilo ke apa?
\

“Ntah gambar sapa dia curi! Ni jantan ni!”
Rata-rata netizen membuat konklusi bahawa profile Facebook tersebut merupakan account fake dan pedofilia tersebut telah mencuri identiti dan gambar orang lain.

Lebih mengejutkan dia juga ada menghantar DM kepada ramai orang dan dengan selamba bertanya soal kemaluan budak perempuan. Haish gila ke apa ni??

Ibu bapa kat luar sana kenalah berhati-hati dengan geng ‘pervert’ macam ni. Tak serik-serik buat kerja ye!