Meninggal Ketika Solat Maghrib, Warga Emas Rebah Di Surau

Tambah ke Sumber Pilihan
Solat Maghrib

Seorang lelaki warga emas meninggal dunia selepas rebah ketika menunaikan solat Maghrib di Surau Al Madinah, Taman Lobak, di sini malam tadi.

Mangsa, Raji Ahmad, 77, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sekitar jam 8.05 malam oleh pegawai perubatan dari Hospital Kulim selepas disedari tidak sedarkan diri oleh jemaah surau.


Screenshot 2025 05 18 At 1.45.04 Pm
Gambar Hiasan

Artikel berkaitan: Solat Subuh Berjemaah, Geng 3 Pagi Era Kembali Bersiaran Selepas Sebulan Digantung Tugas

Artikel berkaitan: ⁠Rebah Di Masjid, Penyanyi Kumpulan Rap Jojo One Nation Emcees Meninggal Dunia

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Zulkifli Azizan berkata, anak lelaki mangsa yang berusia 42 tahun memaklumkan kejadian berlaku sekitar jam 7.29 malam dan terus ke surau selepas dimaklumkan mengenai keadaan bapanya.

Hasil siasatan awal mendapati mangsa tidak mempunyai sebarang rekod penyakit atau sejarah perubatan. Kes ini tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.”

Jenazah mangsa difahamkan akan diuruskan dan dikebumikan dalam masa terdekat. Kejadian itu turut mengundang rasa sayu dalam kalangan jemaah yang hadir.

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Fahmy Rosli
Lagi tulisan Fahmy
Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Meninggal Ketika Solat Maghrib, Warga Emas Rebah Di Surau
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/meninggal-ketika-solat-maghrib-warga-emas-rebah-di-surau/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM