in

“Menggigil tangan doktor cucuk presiden” – Presiden Jokowi Cucuk Vaksin Live Di TV, Netizen Takut Tengok Doktor Menggeletar

Vaksin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada hari Rabu lepas, Presiden Indonesia, Joko Widodo telah disuntik vaksin COVID 19 sekitar jam 10 pagi waktu tempatan yang mana kejadian itu ditayangkan secara live di media tempatan dan Youtube Presiden.


Menurut Sinar Harian, Jokowi telah menjadi individu pertama disuntik vaksin COVID 19 di Indonesia dan menerima vaksin daripada Sinovac Biotech buatan China. 

Walau bagaimanapun, apa yang menarik perhatian netizen semasa sesi live itu ditayangkan ialah tangan doktor yang menyuntik presiden tersebut. Ia kelihatan sangat menggeletar dan seperti takut nak cucuk vaksin ke presiden.

Alamak kenapa menggigil sangat tu?

 

“Agaknya time ni lagi menggigil berbanding masa akad nikah” 

Menurut netizen, logiklah juga kan doktor itu menggigil semasa nak mencucuk vaksin tersebut kerana yang dicucuknya itu presiden Indonesia dan prosedur tersebut pula ditayangkan kepada jutaan rakyat di seluruh dunia.

Shian Doc

Menurut laporan, dianggarkan seramai 1.48 juta petugas kesihatan di negara tersebut akan terima suntikan vaksin COVID 19 bermula minggu ini dengan lebih 560,000 daripada jumlah itu pada bulan ini dan baki 900,000 individu lagi dijadualkan pada bulan hadapan.

Indonesia juga telah menjadi negara pertama di luar China yang meluluskan penggunaan vaksin berkenaan.

Semoga Pak Presiden baik-baik saja. 

Baca: PM Tawar Jadi Individu Pertama Disuntik Vaksin COVID 19, Mahu Yakinkan Rakyat Vaksin Selamat & Berkesan

Biotech

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.