in

“Menggeletar tangan saya” – Iqbal Terkilan Gambarnya Disunting Jadi Model Seluar Dalam

Page 15

Sebelum ini pernah timbul isu di mana wajah usahawan terkenal, Ahmad Iqbal disunting menyerupai khinzir oleh pihak yang tidak bertanggung jawab.

Terkini, penyanyi lagu Hujan itu sekali lagi diuji apabila tular sebuah lagi foto yang disunting dan diletakkan di akaun Facebook palsu, melihatkan wajahnya ditampal pada tubuh lelaki lain yang hanya berseluar dalam.

Melihat pada tangkap layar yang dikongsi oleh Iqbal, pemilik akaun palsu bernama Iqball Zul itu menuntut bahawa Facebook tersebut merupakan akaun baru selebriti tersebut, cuba meyakinkan orang ramai bahawa foto itu adalah asli.

Screenshot 2021 11 18 12 01 34 68 1C337646F29875672B5A61192B9010F9

Ini bukan tubuh saya!

Melalui perkongsian pada IG Story, Iqbal menegaskan bahawa foto tersebut disunting dan itu bukanlah dirinya. Hal ini berikutan ramai yang menghubungi beliau secara peribadi untuk menanyakan kesahihan gambar tersebut.

Menggeletar tangan untuk saya post gambar ini namun oleh kerana sudah mula tersebar, saya perlu tegaskan. Jelas sekali tubuh badan saya tidak begini.”

Dalam kenyataan sama, Iqbal turut menegaskan bahawa tiada akaun baru dibuka dan satu-satunya akaun FB milik penyanyi tersebut bernama Ahmad Iqbal Zulkefli.

Dulu khinzir, sekarang model seluar dalam pula.

Lanjut dari kenyataan sebelum itu, Iqbal meluahkan rasa kecewanya terhadap tindakan tidak bermoral dari sesetengah pihak untuk menjatuhkan namanya.

Screenshot 2021 11 18 12 01 39 31 1C337646F29875672B5A61192B9010F9

Bukan satu dua saja, malah banyak lagi akaun palsu yang menggunakan nama usahawan tersebut untuk kepentingan sendiri. Menurutnya, ada satu lagi akaun palsu di FB dengan nama IQbal Zulkefli yang cuba menyerupai identitinya dan menerima ratusan komen pada setiap post.

‘Fed-up’ dengan isu begini, ingin lari dari Malaysia

Dalam kenyataan lanjut, Iqbal nyata terkilan perkara sebegini berlaku sekali lagi dan menganggap lebih baik jika dia tidak berada di Malaysia jika isu ini berpanjangan. Walau bagaimana pun, beliau tetap tabah dan kuat semangat untuk menentang segala ujian yang diterima.

Jika berlarutan begini, mungkin saya tidak sesuai menjalani kehidupan di Malaysia. Apapun, saya tetap memilih untuk bertenang dan terus tabah. Bertubi-tubi ujian buat saya. Saya betul-betul perlukan semangat kali ini.”

Sabarlah ya… dah jadi lumrah orang terkenal ni memang ramai haters yang akan buat apa saja untuk jatuhkan.

Sumber: Instagram Ahmad Iqbal Zulkefli

Baca: “Elok takyah duk msia lah kau!”- Muka Kena ‘Edit’ Jadi Khinzir, Iqbal Minta Maaf Kalau Buat Orang Marah

12 2

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram