Mengejutkan! Wanita Tiba-tiba Lumpuh Bahagian Kiri Muka Kerana Tidur Ketika Rambut Basah

Tambah ke Sumber Pilihan
Mengejutkan! Wanita Tiba-tiba Lumpuh Bahagian Kiri Muka Kerana Tidur Ketika Rambut Basah

Kita mungkin pernah diberi amaran oleh ibu kita untuk mengeringkan rambut terlebih dahulu sebelum tidur. Namun, mungkin pada masa itu kita menganggap tidur ketika rambut sedang basah boleh menyebabkan selesema.

Namun, tahukah anda bahawa tidur dalam keadaan rambut basah boleh membawa kepada masalah yang lebih besar?


Terbaru, menurut WORLD OF BUZZ, seorang wanita telah mengalami kelumpuhan di bahagian kiri mukanya kerana tidur dalam keadaan rambut masih basah. Alamak! 

Fp3
Gambar hiasan

Xiong, 32 tahun yang berasal dari Wuhan, China bekerja di sebuah pusat membeli belah dan sering pulang lewat ke rumah. Oleh kerana itu, dia kerap kali tertidur sebelum sempat mengeringkan rambutnya. Rambutnya dikatakan masih dalam keadaan basah lencun ketika masuk tidur.

Namun sesuatu yang mengejutkan telah berlaku. Sewaktu Xiong bangun pagi, dia tiba-tiba sedar bahawa dia tidak dapat menggerakkan bahagian kiri muka dan mulutnya pula mulai senget ketika dia sedang menggosok gigi. Takutnya! 

Xiong yang berada dalam keadaan ketakutan segera pergi ke hospital bagi mendapatkan nasihat doktor.

Fp2
Gambar hiasan

Melalui pemeriksaan, doktor mengesahkan saraf muka Xiong telah lumpuh. Hal ini berkemungkinan disebabkan oleh tabiatnya yang suka tidur dalam keadaan rambut basah. Aduhai…

Di samping itu, doktor juga menerangkan bahawa rambutnya yang basah telah mengubah suhu badan dan menyebabkan mukanya menjadi kejang. Perkara ini lebih cepat terjadi kerana badannya dalam keadaan relax semasa tidur.

Akibat daripada kejadian ini, doktor telah memberi Xiong amaran supaya mengeringkan rambut terlebih dahulu sebelum tidur kerana sarung bantal dan bantal yang basah akan mempercepatkan pembiakan bakteria yang sekaligus boleh menyebabkan jangkitan.

Walau bagaimanapun, Xiong sangat bernasib baik kerana cuma mengalami lumpuh buat sementara waktu. Dia kini dilaporkan telah sembuh selepas menerima rawatan secara intensif selama 10 hari.

Takutnye jadi macam tu. Ingat ye semua, sebelum tidur, keringkan rambut dulu tau!

Baca: Lelaki Lumpuh Kerana Baring Sambil Main Telefon 3 Jam SETIAP HARI

Fp1

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Mengejutkan! Wanita Tiba-tiba Lumpuh Bahagian Kiri Muka Kerana Tidur Ketika Rambut Basah
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/mengejutkan-wanita-tiba-tiba-lumpuh-bahagian-kiri-muka-kerana-tidur-ketika-rambut-basah/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM