Menara KL Cipta Rekod, Pertunjukan Bunga Api Tertinggi Di Malaysia

Tambah ke Sumber Pilihan
Menara KL Cipta Rekod, Pertunjukan Bunga Api Tertinggi Di Malaysia

Menara Kuala Lumpur mencatatkan rekod baharu yang diperakui oleh Malaysia Book of Records apabila berjaya membuat pertunjukan bunga api tertinggi di Malaysia.

Memetik laporan The Star, pertunjukan bunga api itu dilancarkan pada ketinggian 307.61 meter. Pertunjukan itu meletakkan Menara Kuala Lumpur sebagai Pertunjukan Bunga Api Menara Altitud Tertinggi di Malaysia  dalam Malaysia Book of Records.


Screenshot 2025 01 04 At 3.32.33 Pm

Pihak pentadbiran Menara KL berkata kepada sumber bahawa ini adalah kali pertama sambutan tahun baharu disertakan pertunjukan bunga api dari menara itu sejak pembukaannya pada 1996.

Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd, Nazli Said berkata, rekod itu mengukuhkan lagi Menara KL sebagai destinasi ikonik pelancong dan turut berharap inisiatif ini, dapat menarik lebih ramai pengunjung ke sini untuk meraikan detik detik bersejarah.

Dalam pertunjukan itu, bunga api pertama dilancarkan dari Tower Head, diikuti dengan pertunjukan kedua dari bawah Tower Terrace tepat jam 12.00 tengah malam.

Baca: Ini Sebab Mengapa 5 Negeri Ini Tidak Bercuti Pada 1 Januari 2025

Screenshot 2025 01 04 At 3.33.05 Pm

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Fahmy Rosli
Lagi tulisan Fahmy
Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Menara KL Cipta Rekod, Pertunjukan Bunga Api Tertinggi Di Malaysia
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/menara-kl-cipta-rekod-pertunjukan-bunga-api-tertinggi-di-malaysia/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM