in

Menakjubkan! Bayi Lahir Dari Embrio Yang Dibekukan Lebih Dari 27 Tahun

Ft Emrio Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Percaya atau tidak bayi yang dilahirkan sebulan yang lepas ni sebenarnya telah pun berusia ’27 tahun’! Apa yang lebih menakjubkan, usia ‘sebenar’ bayi ini adalah 2 tahun lebih muda dari usia ibunya sendiri!


Wah macam mana boleh terjadi tu?

 

Embrio dibekukan 27 tahun lepas

Bayi perempuan yang berusia sebulan yang diberi nama Molly Everette Gibson dari Tennessee, Amerika Syarikat itu berjaya mencipta rekod dunia selepas selamat dilahirkan dengan menggunakan embrio yang telah dibekukan sejak lebh 27 tahun yang lalu.

Feat Baby

Memetik laporan New York Post, Molly dikatakan telah dilahirkan daripada satu embrio yang dibekukan pada Oktober 1992 iaitu 18 bulan selepas kelahiran ibunya pada April 1991.

Bayi perempuan itu dilahirkan dengan berat 2.7 kilogram, hasil daripada embrio yang dibekukan daripada penderma yang kemudiannya dipindahkan ke rahim ibunya pada 10 Februari yang lalu.

Bayi itu kini menjadi anak kepada pasangan suami isteri, Tina, 29 dan juga Benjamin Gibson, 36.

Baby Mak

 

Embrio terlama dibekukan 

Feat Em

Menurut pakar dari University of Tennessee Preston Medical Library, bayi perempuan itu berjaya melakar sejarah sebagai embrio terlama dibekukan yang berjaya dilahirkan dalam keadaan yang sihat.

 

Kakak pun hasil daripada pembekuan embrio

Baby Kakak

Apa yang lebih mengejutkan, kakak bayi berkenaan iaitu Emma Wren juga dilahirkan melalui embrio yang turut dibekukan di dalam ais selama 24 tahun. Kakaknya itu berjaya dilahirkan pada November 2017.

Embrio mereka berdua yang diperoleh daripada penderma yang sama telah dibekukan secara bersama yang menjadikan kedua-dua mereka sebagai ‘adik-beradik genetik’ sepenuhnya.

 

Masalah kesuburan disebabkan cystic fibrosis

Terdahulu, Tina dan suaminya telah berkunjung ke Pusat Pendermaan Embrio Negara (NEDC) untuk menjalani proses pemindahan embrio ke dalam rahim selepas gagal untuk mendapatkan anak secara ‘semula jadi’ selama 5 tahun.

Hal ini kerana suaminya itu mempunyai penyakit cystic fibrosis yang menyebabkan masalah ketidaksuburan.

Pasangan itu yang kini telah berkahwin selama 10 tahun membuat keputusan untuk membela anak angkat. Namun, keluarga mereka telah mencadangkan mengenai organisasi pendermaan embrio ini menyebabkan mereka bersetuju untuk melakukannya.

 

Pada awalnya tidak bersetuju, anggap tak masuk akal

Kedengaran seperti tidak masuk akal. Tidak! Kami tak berminat untuk melakukannya.

Namun, kami kerap terfikirkan mengenainya sehinggalah bersetuju pada akhirnya. 

 

Embrio daripada penderma yang sama

Baby Parent

Menurut pakar yang bertanggungjawab terhadap proses tersebut, dia berasa gembira apabila pasangan itu kembali lagi ke sana untuk menjalani pemindahan embrio yang kedua daripada penderma sama yang mendermakan si kakak, Emma.

Tambahnya lagi, ini jelas menunjukkan bahawa teknologi yang digunakan selama bertahun-tahun yang lalu dapat memelihara embrio yang diderma di pusat itu untuk tempoh jangka masa yang panjang.

Embrio terpisah selama berpuluh tahun, kini dah jadi adik-beradik ‘genetik’ pula. 

Baca: “Kondisi ‘rare’” – Bayi Lelaki Baru Lahir Disahkan Mempunyai 2 Alat Kemaluan Baca Baby

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.