Sejak minggu lalu, nama-nama beberapa pelawak tanah air menjadi perbualan hangat netizen susulan kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang usahawan dan pelawak, Shuib.
Terdahulu, tular satu rakaman menerusi sesi live bahawa Shuib menyatakan tidak akan mempelawa rakan sepentasnya dahulu iaitu Rahim Sepahtu menjadi tetamu undangan program podcastnya selepas nama pelawak itu dipetik netizen.
Dah lama kena ‘block’ dengan Shuib
Terbaharu, Rahim mengakui wujudnya permasalahan antara dirinya dan rakan pelawaknya itu namun tidak bersetuju masalah tersebut dibawa ke media sosial.
Artikel berkaitan: “2 nama ni memang aku tak panggil” – Ini Respon Shuib Bila Netizen ‘Petik’ Nama Rahim Sebagai Tetamu Undangan Podcast
Artikel berkaitan: “Banyak ditokok tambah”- Jep Sepahtu Geram Sebuah Podcast Sering Tunggang Namanya Untuk Konten
Bukan itu sahaja, Rahim juga mendedahkan yang mereka sudah lama tidak berhubung selepas dia kena block di semua media sosial dan nombor telefon oleh Shuib.
“Saya sebenarnya dah lama tak ambil tahu mengenai perkembangan sahabat saya itu kerana sudah kena block dengannya (Shuib) di media sosial dan nombor telefon juga. Jadi, memang dah lama kami tak berhubung.
“Sewaktu dia bernikah tahun lalu pun, saya tidak hadir ke majlisnya sebab tidak dijemput. Tapi, syukur Alhamdulillah dia kini sudah menemui kebahagiaan semula dan saya doakan terbaik buatnya,” katanya.
Walaupun tidak memberitahu punca perselisihan faham yang berlaku antaranya dengan Shuib, Rahim bagaimanapun rasa terkilan dengan sikap rakannya itu.
“Cuma, diakui memang saya dan dia ada perselisihan faham yang berlaku, tapi tidak perlulah membawanya hingga ke media sosial. Sebagai sahabat, itu yang saya ada rasa sedikit terkilan,” katanya.
Harap perselisihan faham antara mereka diselesai secara baik…
Sumber: Harian Metro