in

“Kondisi ‘rare’” – Bayi Lelaki Baru Lahir Disahkan Mempunyai 2 Alat Kemaluan

Ft Zakar Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Pelik tapi benar”. Itu lah kejadian mengejutkan yang berlaku baru-baru ini kepada seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan yang memiliki dua zakar!

Bukan itu sahaja, kedua-dua alat kemaluannya itu juga berfungsi dengan baik apabila dia dikatakan boleh membuang air kecil menerusi kedua-duanya.


Zakar Baby 1

 

Kembar tak berkembang sempurna

Bayi yang dilahirkan di sebuah hospital di bandar Asyut, Mesir itu dipercayai mempunyai dua alat kemaluan gara-gara mempunyai kembar yang tidak dapat berkembang dengan sempurna semasa di dalam rahim.

Lapor Mirror UK, doktor di Hospital Kanak-kanak Universiti Assiut, Ahmed Maher Ali berkata, pihaknya percaya pertambahan organ itu adalah disebabkan oleh pembentukan janin kembar yang tidak sempurna.

Zakar Hospital

 

Ada dua lubang saluran air kencing, dua kantung zakar

Kes yang jarang-jarang berlaku ini telah diberi pencerahan dan penerangan lanjut dalam sebuah jurnal perubatan iaitu International Journal Surgery Case Reports dimana dinyatakan bahawa bayi yang memiliki dua alat sulit itu juga turut mempunyai dua lubang saluran air kencing.

Disebabkan kondisi itu, bayi lelaki berkenaan boleh membuang air kecil melalui kedua-dua saluran tersebut.

Tambah Ahmed Maher Ali, bayi berkenaan bukan sahaja mempunyai dua zakar, tetapi turut mempunyai dua kantung zakar.

 

Sindrom Duplikasi Kaudal (CDR)

Sindrom ‘rare’ dan dikatakan jarang berlaku ini dikenali sebagai Sindrom Duplikasi Kaudal (CDS) iaitu keadaan yang menyebabkan duplikasi organ tubuh badan.

Lapornya, punca CDS ini masih belum diketahui. Walaupun sudah banyak teori yang cuba untuk menjelaskan berkenaan sindrom ini, namun teori yang paling hampir adalah disebabkan oleh kegagalan kembar monokorial terpisah dengan sepenuhnya.

“CDS adalah keadaan yang jarang ditemui dan memerlukan penglibatan pakar daripada pelbagai bidang untuk merawatnya termasuk melakukan pembedahan untuk membetulkannya.”

Menurutnya lagi, pihak pasukan perubatannya akan merancang untuk memulakan proses membetulkan alat kelamin bayi tersebut semasa usianya mencecah 16 bulan.

Semua kekuasaan Allah. 

Baca: “Hanya 3 kes di dunia” – Lahir Tanpa Mata, Kisah Sedih Bayi Ini Buat Ramai Sebak Baca Alat

Sumber: Mirror UK

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.